omniture

SWI swissinfo.ch Rakan Kongsi Forum Global Demokrasi Langsung Moden di Tunis

SWI swissinfo.ch
2015-05-13 23:53 282

BERN, Switzerland, 13 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Ahli politik, pakar ekonomi, media, dan penyelidik seluruh dunia akan berhimpun di Tunis mulai 14 hingga 17 Mei untuk mengambil bahagian dalam Forum Global Demokrasi Langsung Moden. Sebagai rakan media forum itu, SWI swissinfo.ch akan melaporkan lintas langsung daripada acara itu dan secara rasminya akan melancarkan laman mikro khusus untuk demokrasi langsung serta laman rakan kongsinya, people2power.info.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7523351-swissinfo-direct-democracy-tunis/ 

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150513/743720

Matlamat laman mikro swissinfo.ch/directdemocracy - disediakan dalam talian dalam 10 bahasa sejak Disember 2014 - adalah untuk memaklumkan pembaca tentang hak politik dan proses demokrasi agar mereka boleh membentuk pendapat mereka sendiri supaya dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam proses pembuatan keputusan. Bentuk demokrasi penyertaan Switzerland yang unik merupakan fokus laman itu manakala people2power.info menawarkan pandangan sejagat.

Tema Forum Global Demokrasi Moden ini ialah "Penyahpusatan melalui penyertaan di Tunisia dan seluruh dunia". Oleh itu, ia merupakan acara yang ideal untuk melancarkan swissinfo.ch/directdemocracy. Demokrasi langsung turut merupakan isu di negara berbahasa Arab dan akan dibincangkan dalam cara ini buat kali pertama semasa acara itu.

Ahli politik, perwakilan daripada pertubuhan tanpa untung (NGO) dalam dan luar negara, universiti, serta media dan juga ahli masyarakat akan turut mengambil bahagian dalam perbincangan pleno serta bengkel selama empat hari itu.

Ikuti acara itu dengan kata kunci ini: #citizenpower dan #globfor15
http://www.swissinfo.ch/directdemocracy, people2power.info dan laman sesawang Forum Global akan menstrimkan sesetengah sedutan tertentu persidangan itu. Gunakan kata kunci di atas untuk mengakses strim tersebut.

Pautan: 

http://www.swissinfo.ch/direktedemokratie 
http://www.people2power.info 
http://2015globalforum.com

SWI swissinfo.ch – khidmat antarabangsa Swiss Broadcasting Corporation (SRG SSR) 

Sumber: swissinfo.ch 

Source: SWI swissinfo.ch
Keywords: Publishing/Information Service Web Site