SHANGHAI, 14 Mei, 2015 /PRNewswire/ -- Pada 2014, pameran dagangan utama Asia bagi industri bangunan dan dekorasi – Pameran Dekorasi Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) telah menarik lebih 2,200 pempamer dan lebih 640,000 pengunjung dalam tempoh empat hari. Dengan ruang pameran seluas 340,000 meter persegi, ia telah berkembang menjadi pameran profesional dengan tema yang menyeluruh dan perhimpunan yang berkembang maju daripada seluruh industri.
Bagi memenuhi keperluan pasaran, mulai 2015, Pameran Dekorasi Bangunan Antarabangsa China (CBD Fair) akan diadakan dua kali setahun. Hasil gabungan bersama 'Kitchen & Bath China' yang tersohor, CBD Fair berazam untuk mewujudkan penetapan baharu di Shanghai. Kerjasama antara 'CBD Fair' dan 'Kitchen & Bath China' pastinya menjadi suatu situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Oleh itu, CBD Fair akan meluaskan pengaruhnya di zon ekonomi teras China - kawasan Delta Sungai Yangtze dan China Utara; selain menarik lebih banyak perhatian dari luar negara hasil daripada status antarabangsa Shanghai yang terkenal.
Terletak di Pusat Ekonomi Paling Dinamik di China
Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD IBCTF) akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai), terletak di bahagian barat daerah perniagaan Hongqiao, Shanghai, yang menjadi nadi rantau ekonomi paling dinamik di China. Tambahan pula, terdapat lebih 200 pasaran bahan pembinaan yang meluaskan perniagaan mereka ke seluruh kawasan Delta Sungai Yangtze dan tanah besar China.
Memandangkan Shanghai dianggap sebagai salah satu pusat ekonomi, kewangan dan dagangan dunia, CBD IBCTF akan menyediakan untuk pempamer dan pengunjung saluran yang hebat untuk perkhidmatan global mereka. Selain itu, Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) merupakan salah satu pavilion berkualiti tinggi yang terbesar di dunia menawarkan platform perdagangan yang hebat.
Pameran Bawakan Industri ke Tahap Baharu
CBD IBCTF membawakan trend baharu "jenama berpindah silang" dan "kelengkapan rumah tersuai" dalam industri dekorasi bangunan, mengisi kekosongan bagi pameran profesional berkaitan bangunan dan dekorasi di China Timur.
Bahagian pameran dengan tema yang luas dalam pameran ini merangkumi kelengkapan buatan khas, tingkap dan pintu, perkakas seni bina, kertas dinding dan fabrik, salutan serta bahan kimia, hinggalah kepada pencahayaan dan juga bahan-bahan binaan lain. Di sini, anda dapat menemui rekaan bertaraf dunia untuk kelengkapan rumah, demonstrasi produk bernilai tinggi dan pengilang utama daripada industri. CBD IBCTF sememangnya acara besar-besaran untuk mengalami industri dekorasi bangunan.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150513/0861504003a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150513/0861504003b