omniture

Manjakan Diri Musim Panas ini dengan Jelajah Membeli-belah di Eropah

Value Retail
2015-05-15 22:39 756

LONDON, 15 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Collection of Villages, destinasi membeli-belah outlet mewah oleh Value Retail, menampilkan fesyen, makanan dan seni pada musim ini

Pada musim panas ini, Village Collection oleh Value Retail, destinasi membeli-belah outlet mewah terkemuka di Eropah, akan membawakan pelbagai pengalaman inovatif kepada para pengunjung yang diilhamkan daripada unsur terbaik budaya Eropah. Tambahan lagi, pelbagai pilihan Pakej Membeli-belah telah dicipta bagi melengkapkan tema Village itu bagi musim ini. Collection of Villages akan turut memperkenalkan butik baharu daripada beberapa jenama mewah dan gaya hidup terkemuka di dunia. Ketahui lebih lanjut di bawah.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/739943 )

Terbaik daripada British - Bicester Village berhampiran London

Bicester Village memberikan yang Terbaik daripada Britain musim panas ini dengan paduan fesyen, seni, dan muzik. Pada 20 Mei, British Designers' Collective – butik kilat tahunan yang sangat popular yang diadakan dengan kerjasama Majlis Fesyen Britain yang menampilkan koleksi fesyen daripada bakat rekaan UK yang paling mengujakan – kembali untuk tahun keenam dan berlangsung dalam masa terhad iaitu selama enam minggu sahaja. 'Pengalaman Hari Membeli-belah' Bicester Village termasuk makan tengah hari dua sajian dan Kad Hadiah bernilai £50 untuk dibelanjakan dalam Village itu. Klik di sini untuk butiran lanjut

'In the Fold' - Kildare Village berhampiran Dublin

Kildare Village, dengan kerjasama ID2015, membawakan 'In the Fold', pameran bakat rekaan Ireland yang baru muncul. Temui program pelengkap bengkel fesyen dan rekaan termasuk satu bengkel pembuatan topi (9 Mei), 'Seni Menenun' (23 Mei), dan 'Kelestarian Fesyen' (14 Mei). Daripada bakat tempatan sehinggalah ke warisan perlumbaan kuda Ireland: temui yang terbaik di Kildare Village dengan pakej 'Membeli-belah dan Terokai Kildare', termasuk lawatan ke Muzium Kuda Baka dan Kuda Kebangsaan Ireland. Klik di sini untuk butiran lanjut.

Seni interaktif - La Vallée Village berhampiran Paris

Sehingga 5 Julai, pengunjung ke La Vallée Village boleh menghayati pengembaraan visual, auditori, dan olfaktori melalui galeri seni interaktif 'La Table Des Matiers', yang dirangka oleh pengkarya Mathilde de l'Ecotais. Nikmati pengalaman membeli-belah Paris dengan pakej 'Pengalaman Hari Membeli-belah', termasuk makan tengah hari dan Baucar Hadiah bernilai €50. Klik di sini untuk butiran lanjut

Membeli-belah larut malam suatu pengalaman manis - Wertheim Village berhampiran Frankfurt

Pada hari Jumaat 5 Jun dan Sabtu 15 Ogos, anda boleh membeli-belah hingga lewat malam di Wertheim Village. Terokai muzik secara langsung dan kudapan manis termasuk kedai gula-gula kapas dan badut manisan musim bunga yang akan membawakan unsur kisah dongeng. Seorang artis belon akan turut berada dalam Village itu untuk menghasilkan hadiah unik. Nikmati pengalaman membeli-belah penuh manis dengan 'Pengalaman Hari Membeli-belah', termasuk Kad Membeli-belah bernilai €50 dan makan tengah hari. Klik di sini untuk maklumat lanjut

Sepuluh tahun penuh gaya - Ingolstadt Village berhampiran Munich

Ingolstadt Village meraikan ulang tahun kesepuluhnya dengan pameran inovatif tiga 'gelembung fesyen' yang tergantung, yang akan berperanan sebagai bekas pameran bagi tema yang akan berevolusi sepanjang musim panas. Village itu akan turut mengadakan pameran jurugambar Melvin Sokolsky, yang bertajuk 'Kebangkitan semula sesi foto tahun 1963 di Paris'. Temui sepuluh tahun penuh gaya dengan pakej 'Pengalaman Hari Membeli-belah', termasuklah makan tengah hari dan Kad Membeli-belah bernilai €50. Klik di sini untuk butiran lanjut

Semangat festival musim panas - Maasmechelen Village berhampiran Brussels

Dalam bulan Mei, Maasmechelen Village menganjurkan 'Malam Palmarès', yang membolehkan para pengunjung menerokai pameran festival dalam Village itu. Mulai 14 hingga 17 Mei, dengan setiap pembelian, pengunjung dapat melayakkan diri untuk cabutan bertuah bagi memenangi penerbangan ke destinasi Eropah termasuk Corsica, Itali serta Perancis, dan mulai Jun hingga Ogos, satu 'agensi pelancongan' dengan kerjasama Lapangan Terbang Liège akan dibuka di Village itu, yang membolehkan para pengunjung membeli tiket penerbangan serta pakej istimewa. Lounge Musim Panas akan dilancarkan pada 19 Jun, suatu ruang unik yang membolehkan para pengunjung menikmati koktel, muzik, serta suasana ibarat di St Tropez. 'Pengalaman Hari Membeli-belah' Maasmechelen Village termasuk kad Hadiah bernilai €50 dan makan tengah hari. Klik di sini untuk butiran lanjut.

Pengalaman Itali penuh mengasyikkan - Fidenza Village berhampiran Milan

Fidenza Village akan bertukar menjadi 'Kedutaan Barangan Buatan Itali' sepanjang tempoh EXPO Milan 2015, iaitu suatu pameran seni, fesyen, gastronomi, dan rekaan Itali yang dibangunkan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi dan duta yang berprestij. Satu program pengalaman pelbagai deria bakal dilangsungkan sepanjang musim panas mulai bulan Mei, diilhamkan oleh tiga tema tipikal Itali: 'Opera Romantik' (Mei − Jun), 'La Dolce Vita' (Julai - Ogos), dan 'Keghairahan Itali' (September − Oktober). Terokai budaya dan rekaan Itali dengan 'Pengalaman Membeli-belah & Rekaan', pakej yang menggabungkan lawatan ke Fidenza Village dan lawatan ke Muzium Rekaan Triennale. Klik di sini untuk butiran lanjut

Rasa Catalonia - La Roca Village berhampiran Barcelona

Tetamu ke La Roca Village boleh mengalami rasa asli Catalonia dengan pasar selera yang menawarkan makanan tempatan. Pasar itu akan berada di Village mulai 15 Jun hingga 30 Ogos, dan akan membawakan pelbagai sajian gourmet Catalonia terbaik yang boleh dinikmati para pengunjung dan dibawa pulang. Bagi melengkapi pengembaraan penerokaan kulinari Catalonia ini, pengunjung boleh mempelajari penghasilan dan asal-usul Jamón (ham), serta merasai enam jenis ham lazat yang dipotong tangan, digandingkan dengan cava, bir, atau wain, berserta pengalaman 'Membeli-belah & Jamón' . Klik di sini untuk butiran lanjut

Makanan lazat dan matahari terbenam indah - Las Rozas Village berhampiran Madrid

Mulai Jun hingga September, cubalah makanan gerai Sepanyol, makanan tempatan, koktel, muzik secara langsung, dan banyak lagi. Lihat matahari terbenam yang terindah di Madrid di Summer Terrace yang cantik. Raikan 15 tahun Las Rozas Village dengan 'Pengalaman Hari Membeli-belah', termasuk kad Hadiah bernilai €50 serta makan tengah hari. Klik di sini untuk butiran lanjut

Membeli-belah Menyeronokkan - Suzhou Village berhampiran Suzhou

Bagi mereka yang akan mengunjungi China, Suzhou Village akan melancarkan pengalaman 'Membeli-belah bersama Bintang' pada bulan ini, iaitu pengalaman membeli-belah unik yang diilhamkan tenaga dan kreativiti muzik rock kontemporari serta pengaruhnya terhadap penghasilan fesyen sepanjang tahun-tahun ini. Butik jenama antarabangsa serta Eropah akan mempamerkan produk 'bintang' eksklusif mereka serta rekaan berilhamkan rock. Mulai 9 Mei hingga 26 Jun, Village itu akan berubah menjadi pentas untuk mengilhamkan fesyen, seni, dan muzik, dengan persembahan secara langsung tiga daripada kumpulan muzik indie-rock China yang paling mengujakan, persembahan DJ, pameran seni interaktif oleh pengkarya sanjungan China Yang Zhenzhong serta sajian menyelerakan yang dipopularkan oleh rock and roll.

Latar Belakang Village Collection oleh Value Retail

Village Collection merupakan konsep unik dalam pengalaman membeli-belah di outlet yang dicipta oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan pengendalian destinasi membeli-belah outlet mewah. Setiap Village menempatkan fesyen mewah dan jenama gaya hidup terkemuka yang menawarkan penjimatan sehingga 60% dan kadang-kadang lebih lagi, berbanding harga runcit yang disarankan, sepanjang tahun. Terletak berhampiran pintu masuk beberapa buah bandar yang paling disukai di Eropah - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, di China, Suzhou – setiap Village itu ditentukan oleh fesyen berjenama, perkhidmatan serta hospitaliti unggul, acara sambutan sepanjang tahun, serta nilai untuk wang yang luar biasa. Value Retail China, sekutu Value Retail, menyaksikan Village pertama - Suzhou Village, terletak di Suzhou yang bersejarah – dibuka pada Mei 2014. Village yang kedua, Shanghai Village, akan dibuka di Zon Pelancongan dan Resort Antarabangsa Shanghai (SITRZ), termasuk Shanghai Disney Resort dan akan dibuka pada musim bunga 2016.

Sumber: Value Retail

Source: Value Retail
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Retail Travel