- PathWise pertingkat prestasi operasi untuk firma khidmat kewangan global utama
CHICAGO, 15 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Aon Benfield Securities, bahagian perbankan pelaburan pengantara insurans semula dan penasihat modal global Aon Benfield, anak syarikat milik penuh Aon plc (NYSE: AON) hari ini mengumumkan, platform pengurusan risiko anuiti boleh ubah PathWise telah diterima oleh Sun Life Financial Inc., penyedia utama bagi penjimatan jangka panjang, pelaburan dan kemudahan insurans.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20100719/AQ37264LOGO
Platform ini membolehkan Sun Life Financial mencapai pertumbuhan signifikan dari segi kepantasan dan kecekapan pelaporan kewangan, proses pengurusan risiko, serta aktiviti pembangunan produk baharunya.
Peter Phillips, Presiden PathWise Solutions Group Aon Benfield Securities, berkata: "Sun Life Financial menyedari kepentingan mengurus anuiti boleh ubah atau risiko dana terasing dan memerlukan platform perniagaan bersepadu yang dapat dilaksanakan dengan pantas, boleh disuaikan serta menyeluruh dengan kawalan audit yang mantap. PathWise menyediakan kemudahan tunggal yang menjimatkan kos yang mencapai kesemua standard pengurusan risiko mereka, memenuhi keperluan pelaporan kewangan dan pengawalseliaan mereka, serta meningkatkan keupayaan pembangunan produk mereka. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sun Life Financial untuk menyampaikan platform yang berasaskan amalan terbaik industri."
Mike Schofield, Naib Presiden, Pengurusan Aktuari dan Risiko di Sun Life Financial, berkata: "Sebelum melaksanakan platform PathWise untuk anuiti boleh ubah, kami menggunakan beberapa sistem untuk menyokong proses pelaporan kewangan kami. Dengan menggunakan PathWise, kami dapat menyatukan komponen-komponen ini ke dalam satu sistem tunggal yang terkawal, dan ini memberikan peningkatan besar dari segi kepantasan serta kecekapan. Proses yang sebelum ini mengambil masa berjam-jam lamanya kini dapat disiapkan hanya dalam tempoh beberapa minit, dan ini telah membantu meningkatkan ketelitian dan keluasan analisis yang digunakan dalam pelaporan kewangan, proses pengurusan risiko serta pembangunan produk baharu kami."
Dibangunkan oleh PathWise Solutions Group (PSG) Aon Benfield Securities, Inc. di Toronto, platform PathWise merupakan kemudahan perniagaan bersepadu untuk jaminan kewangan yang disertakan dalam produk insurans hayat, dan menyokong pembangunan produk baharu, pelaporan kewangan serta pengawalseliaan, aktiviti pengurusan risiko perusahaan, dan juga aktiviti pengurusan dan pelaporan program lindung nilai.
Aon plc (NYSE:AON) merupakan penyedia utama global bagi perkhidmatan pengurusan risiko, pembrokeran insurans dan pembrokeran insurans semula, serta kemudahan sumber manusia dan juga khidmat luaran. Melalui lebih 69,000 rakan sekerja di seluruh dunia, Aon bersatu untuk memperkasa hasil untuk pelanggan di lebih 120 buah negara melalui penyelesaian risiko dan manusia yang inovatif.
Untuk maklumat tambahan tentang PathWise http://bit.ly/1JKmla6
Wakil Media:
Andrew Wragg (tel: +44-(0)207-522-8183 / andrew.wragg@aonbenfield.com)