omniture

Perkahwinan di Awanan dalam Penerbangan Turkish Airlines

Turkish Airlines, Inc.
2015-05-16 00:40 362

ISTANBUL, 16 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pada 6 Mei 2015, satu perkahwinan yang menarik dan berbeza telah berlangsung. Dua insan yang telah jatuh cinta setelah bertemu dalam penerbangan Turkish Airlines telah kembali, tepat setahun kemudian, untuk membawa percintaan mereka ke tahap seterusnya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7527051-wedding-on-turkish-airlines-flight/

Apabila seorang aktres Serbia yang jelita, Vjera Mujović, dan Stefan Preis, seorang doktor yang dihormati dari Jerman menaiki penerbangan Turkish Airlines yang sama pada Mei 2014, mereka tidak menyangka mereka akan kembali ke tempat yang sama untuk majlis perkahwinan mereka.

Setelah duduk bersebelahan dalam penerbangan TK 342 dari Istanbul ke Ulan Bator di Mongolia, pasangan itu mula berbual. Ia merupakan suatu takdir. Mereka mendapati mereka berkongsi nilai, pemikiran serta pendapat, walaupun bukan sahaja memiliki latar belakang berbeza dan sebab berasingan untuk melakukan perjalanan tersebut. Tidak lama kemudian, bibit cinta mula berputik, dan setahun kemudian, pada 6 Mei 2015, mereka menjadi suami isteri dalam penerbangan Belgrade-Istanbul Turkish Airlines dengan tempat duduk yang sama, 5B dan 5C, secara khususnya.

Dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga, pasangan itu mengikat tali perkahwinan dalam upacara indah yang diselia oleh Turkish Airlines, yang membekalkan makanan, cahaya lilin, kelopak mawar, dan kek perkahwinan yang enak.

Inilah buktinya Turkish Airlines melangkaui jangkaan! Sebagai penerbangan pertama di dunia dalam bilangan negara yang dicapainya, ia komited dalam menghubungkan negara, budaya, perniagaan, dan paling penting, insan.

Saksikan upacara perkahwinan yang gemilang itu di bawah:

http://youtu.be/yifXM2_LGvE 

http://youtu.be/iAdgU1-8EpE

http://we.tl/IRsCUfBNVP

Turkish Airlines Inc.
Belgrade Office
Knez Mihailova 30/IV 11000 Belgrade / SERBIA  
T +381-11-303-61-95
mvidovic@thy.com
oboran@thy.com

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150514/744243 

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/7527051-wedding-on-turkish-airlines-flight/

SUMBER  Turkish Airlines, Inc.

Source: Turkish Airlines, Inc.
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel