omniture

Rentak Inovasi Digital Semakin Pantas; Syarikat Besar Hadapi Kesukaran untuk Mengikutinya, Menurut Tinjauan CIO Harvey Nash Bersama KPMG

Harvey Nash
2015-05-19 16:11 261

LONDON, 19 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Analitik data besar melonjak kepada kemahiran yang mendapat permintaan tertinggi, pertumbuhan besar dalam peranan CDO   

Inovasi digital mendominasi agenda pemimpin teknologi, namun banyak syarikat menghadapi kesukaran menguruskannya, menurut Tinjauan CIO 2015 Harvery Nash dengan kerjasama KPMG. Rentak digital dan persaingan untuk berinovasi telah menyebabkan banyak organisasi mengalami masalah kekurangan strategi digital seluruh perusahaan dan terdesak untuk mendapatkan kemahiran yang betul. Di sebalik usaha untuk merapatkan jurang kemahiran, kerisauan kemahiran tahun ini adalah satu pertiga lebih tinggi berbanding pada tahun 2013. Permintaan terhadap kemahiran analitik data besar telah melonjak menjadi kemahiran yang paling diperlukan, meningkat kepada hampir enam kali lebih tinggi berbanding kemahiran paling jarang ditemui yang seterusnya, pengurusan perubahan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724638 )

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150519/744608 )

Dua pertiga (66 peratus) CIO melaporkan mengalami masalah digital [perubahan ekoran teknologi digital yang mengganggu model perniagaan sedia ada] sebagai perubahan yang amat signifikan kepada perniagaan mereka, mendorong mereka mewujudkan model perniagaan baharu serta menyediakan produk dan juga perkhidmatan baharu kepada pasaran dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Di peringkat global, syarikat-syarikat besar dilaporkan menghadapi kekurangan apabila berdepan dengan digital, dengan hanya 17 peratus berkata mereka yakin akan melakukan 'jauh lebih baik' berbanding para pesaing dalam mengurus masalah digital, berbanding 35 peratus organisasi kecil. Hanya satu dalam sepuluh CIO percaya organisasi mereka tidak akan terkesan oleh masalah digital dalam tahun-tahun akan datang.

Setelah menerima bilangan respons yang mencatat rekod daripada hampir 4,000 pemimpin IT dari lebih 50 buah negara dan merakam lebih suku juta titik data, dipercayai inilah tinjauan terbesar bagi kepimpinan IT di dunia pada masa kini.

Lihat siaran media penuh di sini

Hubungi
Untuk pertanyaan berita Harvey Nash, sila hubungi:
Michelle Smith, Harvey Nash, +44-(0)-20-7333-2677 / michelle.smith@harveynash.com
Untuk pertanyaan berita KPMG, sila hubungi:
Zoe Sheppard, Pengurus Perhubungan Awam di KPMG: +44-(0)117-905-4337 / zoe.sheppard@kpmg.co.uk

Sumber: Harvey Nash

Source: Harvey Nash
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research