MILAN, 19 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan ChatSim tidak dapat disekat lagi. Hasil kejayaan besar yang dicapai dalam hanya beberapa bulan selepas pelancarannya pada bulan Januari, syarikat baharu yang inovatif, Zeromobile, kini merupakan syarikat bebas: ChatSim S.r.l. (http://www.chatsim.com).
Diwujudkan sebagai kad SIM pertama dunia yang membolehkan anda berbual secara percuma, tanpa had dan tanpa Wi-Fi, menggunakan aplikasi pesanan segera (WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger, WeChat, QQ, Viber, LINE dll.), ChatSim sedang melangkah ke hadapan seiring pertumbuhan pesatnya: lebih 100 ribu kad SIM dijual dan perjanjian pengedaran ditandatangani di 30 buah negara.
Zeromobile – pengendali mudah alih global berkos rendah nombor satu di Itali (http://www.zeromobile.it) – telah mengambil keputusan untuk mewujudkan syarikat baharunya sendiri, yang merupakan cetusan idea Manuel Zanella (38 tahun), pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut. Urus niaga ini menyaksikan penyertaan Angelsim Sarl, sebuah syarikat pelaburan Luxembourg yang mengumpulkan beberapa pelabur antarabangsa dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pelaburan bagi menyokong syarikat baharu. Ini telah membawa kepada perjanjian antara Zeromobile dan Angelsim Sarl yang membolehkan ChatSim berkembang daripada sebuah syarikat baharu Zeromobile menjadi sebuah syarikat bebas.
Syarikat modal usaha niaga ini amat mengagumi angka pencapaian dan potensi pertumbuhan ChatSim. Maka, ia telah memutuskan untuk melabur sebanyak EUR1 juta dalam perniagaan itu yang diasaskan oleh Manuel Zanella, yang kini bernilai lebih EUR4 juta beberapa bulan selepas pelancarannya.
Manuel Zanella berpuas hati dengan perjanjian yang dicapai bersama Angelsim Sarl dan mendedahkan: "Ia merupakan pasaran yang kami cipta hanya empat bulan lalu. Itu merupakan satu lagi sebab saya menemui rakan kongsi yang memutuskan untuk bertaruh ke atas ChatSim hanya beberapa bulan selepas pelancaran perniagaan saya. Salah satu sasaran perjanjian ini? Menjual 1 juta kad SIM menjelang 2016."
Selain berbual secara percuma tanpa had dengan semua aplikasi IM, tanpa Wi-Fi, ChatSim juga merupakan "SIM Pesanan Segera" pertama di dunia yang memperkenalkan panggilan suara dengan semua aplikasi IM sebagai sistem komunikasi suara tunggal. Walaupun tanpa Wi-Fi.
Pejabat Berita ChatSim :
Damiana Schirru – Ketua Pejabat Berita
Silvia Bullo – Pengurus Hubungan Media
T. +39-02-92976000
M. +39-347-2780951
E-mel: press@chatsim.com
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726623-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150519/744517-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150519/744517-b