omniture

Cabaran Robotik Antarabangsa Mohamed Bin Zayed Siarkan Perincian Pertandingan

Khalifa University
2015-05-19 18:05 315

ABU DHABI, UAE, 19 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pihak penganjur Cabaran Robotik Antarabangsa Mohamed Bin Zayed (MBZIRC) telah menyiarkan perincian tentang pertandingan tersebut, dan mengundang "Keinginan untuk Menyertai dan Permohonan untuk Mendapatkan Maklumat (ITP-RFI)". MBZIRC dilancarkan pada Februari 2015 sebagai pertandingan robotik antarabangsa utama yang akan diadakan setiap dua tahun, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD 5 juta,dengan cabaran pertama dijadualkan diadakan pada November 2016.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150518/744194 )

Pertandingan sulung 2016 itu akan melibatkan tiga Cabaran dan satu "Cabaran Utama" jenis triatlon. Pertandingan itu akan diadakam di arena terbuka luar kira-kira sebesar padang bola sepak. Cabaran 1 memerlukan sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk mengesan, menjejak dan mendarat di atas kenderaan darat yang sedang bergerak. Cabaran 2 memerlukan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) mengesan dan menghampiri sebuah kenderaan darat kedua, serta mencari dan juga mengendalikan secara fizikal sebuah injap di sisi kenderaan tersebut. Cabaran 3 memerlukan sepasukan UAV berkolaborasi untuk mencari, mengesan, menjejak, memilih dan menempatkan set objek yang statik dan bergerak. Cabaran Utama memerlukan sepasukan robot (UAV dan UGV) bersaing dalam acara yang menggabungkan Cabaran 1, 2, dan 3. Tugasan yang pelu dilakukan itu memerlukan penciptaan penyelesaian yang canggih dan inovatif dalam teknologi robotik penting.

"Salah satu tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi cabaran yang akan mengilhamkan keperluan terhadap penyelidikan sebenar dan kemajuan teknologi canggih," kata Dr. Tod Laursen, Presiden Khalifa University. "Teknologi robotik bakal mengubah hampir semua aspek kehidupan kita, dan Emiriah Arab Bersatu,dengan fokusnya terhadap inovasi, ingin menjadi hab kreativiti yang diperlukan bagi mencetuskan perubahan ini. Pertandingan hanyalah satu cara agar matlamt ini dapat dicapai. Sesetengah komponen cabaran ini tidak dapat dicapai dengan teknik sedia ada dalam maklumat penyelidikan hari ini; ciptaan dan inovasi baharu diperlukan bagi meraih kejayaan. Hasil cabaran ini akan menjadi prospek yang mengujakan bagi industri robotik."

Pasukan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan untuk memohon tajaan, diminta menghantar borang permohonan secara dalam talian di http://www.mbzirc.com sebelum 15 Jun 2015. Selain itu, pihak individu boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang MBZIRC dalam media sosial melalui #MBZIRC di Twitter dan Facebook @MBZIRC.

Sumber: Khalifa University

Source: Khalifa University
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Internet Technology