omniture

Ketua Projek Pembangunan Besar-besaran POSCO E&C bakal Bina LCT Kompleks Pangsapuri Tertinggi Korea di Haeundae

- Infrastruktur penting Zon Pelancong Khas di Haeundae, merangkumi riadah dan rekreasi hingga beli-belah serta perniagaan
POSCO E&C
2015-05-21 14:18 264

SEOUL, Korea Selatan, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ - POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif Hwang Tae Hyun) telah dipilih sebagai syarikat pembinaan ekslusif bagi 'Projek Pembangunan LCT Resort Pelancong Haeundae' yang akan dijalankan di Busan, ibu negara kedua Korea serta bandaraya pelancongan dan perdagangan yang pesat membangun.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150520/217408

POSCO E&C yang membina bangunan tertinggi sedia ada di Korea, NEATT (Northeast Asia Trade Tower) setinggi 305m, akan membina LCT setinggi 411m di HaeunDae, Busan.

'LCT Resort Pelancong Haeundae', yang akan diangkat sebagai mercu tanda yang mewakili Busan, adalah satu projek pembangunan berskala besar dengan kos projek keseluruhan bernilai 2.7 trilion KRW. Tapak tersebut akan menampilkan sebuah bangunan 101 tingkat sebagai Menara Mercu Tanda (411m) dan dua menara kediaman 85 tingkat (339m/333m). Menara Mercu Tanda itu akan terdiri daripada 561 buah bilik merangkumi hotel kediaman dan 260 buah bilik untuk hotel pelancong mewah 6 bintang, selain menara kediaman yang akan menempatkan 882 isi rumah.

Keluasan tanah yang bakal menempatkan bangunan-bangunan itu akan dibina menyamai 6.7 kali saiz padang bola sepak, bertempat di belakang kawasan berpasir putih di sepanjang Pantai Haeundae. Mercu tanda ini akan dibina sebagai kemudahan kompleks yang dirancang untuk beroperasi sebagai penyelesaian gaya hidup sehenti, merangkumi riadah dan rekreasi hingga kepada beli-belah serta perniagaan.

POSCO E&C dipilih sebagai pembina projek ini hasil daripada pengiktirafannya yang tinggi kerana memiliki keseimbangan optimum antara pengalaman dan kepakaran untuk membina bangunan pencakar langit serta memiliki sejarah yang kaya ketika mengambil bahagian dalam projek-projek pembangunan besar-besaran, selain nilai jenamanya yang dihormati serta kadaran kredit tahap tertinggi dalam kalangan syarikat pembinaan Korea.

POSCO E&C sedang memimpin projek pembangunan Daerah Perniagaan Antarabangsa di sebidang tanah seluas 5.71 meter persegi di Songdo, Incheon.

POSCO E&C juga sedang bersungguh-sungguh mendapatkan projek pembangunan berskala besar di luar negara. Antara projek yang paling terkenal termasuk 'North An Khanh New City', merupakan bandar baharu serba lengkap yang pertama di Vietnam, dan 'Hanoi City Master Plan Project' yang menampilkan saiz yang besar iaitu 3300 km2, yang berjumlah lebih 5 kali ganda keluasan Seoul.

Source: POSCO E&C
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building New products/services