omniture

ETRI Pilih UBIqube untuk Orkestrasi Perkhidmatan Patuh NFV/MANO

UBIqube
2015-05-21 19:45 334

DUBLIN, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ -- UBIqube, vendor utama Orkestrasi rangkaian dan perkhidmatan generasi akan datang, mengumumkan pemilihan Rangka Kerja MSActivator™ keluarannya oleh Institut Penyelidikan Elektronik dan Telekomunikasi (ETRI) Korea untuk projek pembangunan Orkestrasi Perkhidmatan Kitar Hayatnya.  

ETRI merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung dengan 25 tahun sejarah dalam menerajui teknologi maju dan teknologi baru muncul dalam industri telekomunikasi serta merupakan kuasa inovasi utama dalam ekosistem perindustrian Korea. Institut penyelidikan ini telah berjaya membangunkan teknologi maklumat seperti TDX-Exchange, Mikrocip Semikonduktor Berketumpatan Tinggi, Super Komputer Mini (TiCOM), dan Sistem Telekomunikasi Mudah Alih Digital (CDMA).

Sebagai sebahagian daripada Penyelidikan & Pembangunan (R&D) berkaitan orkestrasi perkhidmatan Awan, ETRI telah memilih Rangka Kerja MSActivator sebagai tulang belakang orkestrator perkhidmatan generasi akan datangnya kerana ketangkasan dalam memasukkan vendor baharu dan struktur sedia-DevOpsnya. Jurutera ETRI akan diperkasakan untuk meluaskan skop platform Orkestrasi itu mengikut keperluan sambil menyelaraskan dengan spesifikasi ETSI MANO bagi perkara tersebut. Antara muka campuran perkhidmatan akan membolehkan pengendali mereka bentuk perkhidmatan "ketika beroperasi", dan mengubah secara dramatik masa penyampaian perkhidmatan baharu sambil memecahkan penguncian vendor yang sering dilihat dalam perkhidmatan perangkaian dan sekuriti.

Bhum-Cheol Lee, Pengarah, Bahagian Penyelidikan Penggabungan Pengkomputeran Rangkaian ETRI mengulas: "Pengalaman pengeluaran komersial UBIqube bersama pengendali utama dunia dalam bidang NFV dan kemampuan uniknya untuk mengendalikan peranti dipiawaikan dan tidak dipiawaikan akan membawa nilai yang hebat kepada pasaran telekomunikasi Korea dan Dunia. Usaha pembangunan ETRI untuk Sistem Operasi Awan Diedarkan dan MANO Berbilang-domain akan menerima manfaat daripada kolaborasi dan kedua-dua pihak akan memasarkan bersama hasil projek dalam pasaran global."

Nabil Souli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, UBIqube Solutions, mengulas: "ETRI, melalui peranannya sebagai kuasa inovasi strategik Korea, telah memutuskan untuk melaksanakan wawasan NFVnya menggunakan Rangka Kerja MSActivator UBIqube dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi sedemikian ketika mereka merintis jalan untuk industri ini."

Latar Belakang ETRI

Diasaskan pada 1976, ETRI merupakan pertubuhan penyelidikan tanpa untung yang dibiayai oleh kerajaan Korea yang telah menerajui kecemerlangan teknologi selama lebih 25 tahun.

http://www.etri.re.kr

Latar Belakang UBIqube

UBIqube merupakan vendor utama Perisian Orkestrasi.

MSActivator™ merupakan rangka kerja Orkestrasi perkhidmatan berbilang penyewa agnostik vendor yang direka untuk pencapaian dan jaminan tangkas rangkaian fizikal dan maya serta perkhidmatan sekuriti (SDN, NFV).

Hubungi kami di sales@ubiqube.com, +33-438498360

Sumber: UBIqube

Source: UBIqube
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Not for profit