omniture

EXPO Solar 2015, Platform Perniagaan PV Paling Menjadi Pilihan di Asia, akan diadakan mulai 9-11 September di Korea

- Sebilangan besar pembeli dari lebih 20 buah negara akan menghadiri ekspo tersebut memandangkan saiz pasaran PV Asia telah berkembang
EXPO Solar 2015 Exhibition Bureau
2015-05-23 00:20 357

SEOUL, Korea Selatan, 23 Mei 2015  /PRNewswire/ -- Ekspo & Persidangan Tenaga Suria Antarabangsa (EXPO Solar www.exposolar.org), pameran tenaga suria terbesar di Asia pada separuh kedua tahun 2015, akan diadakan di KINTEX, Korea selama 3 hari mulai 9 September (Rabu) hingga 11 September (Jumaat).

Lebih 320 buah syarikat dari lebih 20 buah negara, termasuk China, Eropah, Jepun, Timur Tengah dan A.S. akan mengambil bahagian dalam 'EXPO Solar 2015' (www.exposolar.org), yang meraikan ulang tahun ke-7 tahun ini. Lebih 28,000 pembeli dan pengunjung dari luar negara serta dari Korea akan menghadiri ekspo tersebut.

Tahun lalu pengilang PV global, termasuk Canadian Solar, JSPV dan DAQO Solar, pembekal kelengkapan pengeluaran PV global seperti Schmid, ASYS Group dan DKSH, serta syarikat pemasangan dan pembinaan PV seperti Top Solar dan juga S-PV mempamerkan pelbagai produk dan penyelesaian di EXPO Solar 2014 yang telah mengukuhkan kedudukan sebagai pameran perniagaan PV pilihan di Asia, membawa kepada produk dan penyelesaian bernilai sejumlah $850 juta yang dijual melalui pertemuan bersama para pembeli.

Sementara itu, industri dijangka pulih sepanjang tahun 2015 memandangkan ketepuan inventori PV akan berkurangan. Selain itu, tempoh PR bagi ekspo tahun ini telah dilanjutkan kerana permohonan telah diterima begitu awal, dan pempamer teruja menjangkakan pelbagai manfaat, seperti peluang untuk menghadiri perjumpaan pembeli. Hasilnya, bilangan permohonan baharu dan syarikat-syarikat yang akan mengukuhkan kehadiran mereka pada ekspo tahun ini telah meningkat dengan nyata berbanding tahun lalu.

Selain itu, lebih 30 pakar dari AS, Jerman, China dan Jepun selain Korea akan menyampaikan ucapan di 'Forum Dunia PV' (PV World Forum), sebuah persidangan PV antarabangsa yang akan diadakan secara serentak.

Latar Belakang EXPO Solar

EXPO Solar 2015 (www.exposolar.org) merupakan destinasi pilihan bagi syarikat yang ingin mengukuhkan kehadiran dan meluaskan perniagaan mereka di Asia hasil penyertaan pemain suria yang pelbagai dari negara-negara penting di Asia dan lokasinya yang berpangkalan di Korea.

EXPO Solar 2015 akan diadakan mulai 9-11 September, 2015, di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), Seoul, Korea.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang EXPO Solar 2015, sila lawati www.exposolar.org

Source: EXPO Solar 2015 Exhibition Bureau
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Green Technology Utilities Trade show news