-- Waggener Edstrom Lancarkan Edisi Kedua Kajian Asia Pasifik tentang Impak Perniagaan terhadap Pemasaran Kandungan
SINGAPURA, 23 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Agensi komunikasi bersepadu bebas utama, Waggener Edstrom Communications (WE) telah menerbitkan edisi kedua kajian penyelidikan Asia Pasifik miliknya, Content Matters: The Impact of Brand Storytelling Online in 2015.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218033-INFO
Laporan tahun ini meneroka perkaitan antara peranti dan platform media sosial memandangkan ia berkaitan tingkah laku pembelian, mendedahkan faktor yang mendorong penerimaan jenama pengguna dan bagaimana dinamik tersebut berbeza merentasi industri dan geografi di Asia Pasifik.
Kajian tahun 2015 itu meninjau lebih 4,000 pengguna dalam sembilan pasaran merentasi Asia Pasifik, termasuk Australia, China, India, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Korea Selatan. Ia turut merangkumi sembilan industri, termasuk Kecantikan, Elektronik Pengguna, Kewangan & Perbankan, Makanan & Minuman, Kesihatan, Peranti & Tablet Mudah Alih, Penjagaan Diri, Restoran & Makanan, serta Perjalanan & Pelancongan.
"Bagi meneruskan kejayaan laporan Content Matters yang pertama, kami ingin menyelami lebih lanjut apa yang benar-benar difikirkan oleh pengguna berkaitan jenama dalam talian, dan kajian itu menyediakan beberapa fakta yang menakjubkan," kata Henry Wood, Pemimpin APAC, WE Studio D. "Secara ringkas, kami mempelajari bahawa kandungan bukanlah satu-satunya penyelesaian. Kandungan yang berkesan merupakan gabungan antara geografi, platform, industri dan peranti. Bagi memastikan untuk kekal berada di barisan hadapan, pemasar mesti mempunyai pengetahuan berpandu data yang dapat membantu menetapkan keutamaan pelaburan mereka dan memperoleh nilai."
"Sebagai sebuah agensi komunikasi bersepadu, kami komited untuk memastikan semua yang kami lakukan bersesuaian dengan keperluan perniagaan dan disokong oleh data. Dengan memanfaatkan pengetahuan dalaman kami sendiri serta alatan analitik dan pakar, kami dapat menjalankan penyelidikan peringkat APAC untuk menentukan apa yang mendorong minat pengguna dari segi penerimaan jenama, dan menggunakan data ini untuk membantu pelanggan kami menghasilkan kandungan yang lebih berkesan yang menghubungkan kepada hasil komersial," kata Matthew Lackie, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik, Waggener Edstrom.
Muat turun laporan tersebut: http://apac.waggeneredstrom.com/what-we-do/digital-influence-insights/content-matters/.
Waggener Edstrom Communications (WE) merupakan sebuah agensi komunikasi bebas global. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, lawati http://www.WaggenerEdstrom.com