omniture

#fame Lancarkan Aplikasi Hiburan VIDEO LANGSUNG Pertama India

- Menyasarkan 50,000 Penghibur dan 10 Juta Muat Turun di India, Memperluas ke Asia Tenggara menjelang akhir tahun 2015
Fame Digital Pvt Ltd
2015-05-25 12:11 356

MUMBAI, 25 Mei 2015 /PRNewswire/ -- #fame, rangkaian hiburan digital unggul, telah melancarkan aplikasi hiburan VIDEO LANGSUNG pertama India. Boleh didapati dalam bentuk beta melalui iOS dan Google Play, aplikasi itu merupakan platform video mudah alih yang membolehkan para penghibur menyiarkan secara langsung kepada para peminat serta penonton melalui telefon bimbit mereka. Sebagai sebahagian daripada usaha rintis ini, #fame bakal melibatkan lebih 50,000 penghibur berpengalaman serta amatur dan menyasarkan muat turun sebanyak lebih 10 juta dalam masa enam bulan akan datang.

Dengan menjadikan belia sebagai sasaran, aplikasi #fame menawarkan portfolio berkepelbagaian yang terdiri daripada bahan digital asli dalam bentuk langsung dan video mengikut permintaan (VoD). Daripada selebriti dan bakat berkemahiran sehingga para amatur bercita-cita tinggi, kandungan aplikasi itu merentasi portfolio luas yang terdiri daripada komedi, hiburan, acara langsung, fesyen, muzik, teknologi, makanan, kewartawanan orang ramai, dan banyak lagi. Tambahan lagi, ciri-ciri seperti perkongsian sosial, sembang langsung, menyukai, dan komuniti berasaskan peminat sudah disepadukan ke dalam pengalaman pengguna aplikasi itu bagi membantu meningkatkan penglibatan antara penghibur dengan penonton melalui platform itu.

Sejak dilancarkan pada September 2014, #fame telah muncul sebagai salah satu rangkaian hiburan digital yang berkembang paling pesat di India, pasaran sulungnya. Bagi memenuhi keperluan warga abad moden mudah alih melalui strategi "mengutamakan bakat" yang bersepadu, #fame sedang membina rangkaian video digital pan-Asia dengan teknologi pengguna dan bahan video asal sebagai tulang belakangnya. Sejak pelancarannya, rangkaian itu telah melihat daya tarikan yang kuat bagi pilihan pertunjukan serta harta digital mereka dan merupakan salah satu pencipta terbesar India bagi bahan video digital asal. Selain aplikasi mudah alihnya, rangkaian video digital #fame merangkumi beberapa platform digital dan sosial termasuk YouTube, Facebook, WeChat, Daily Motion dan penerbit bahan terkemuka. #fame mengambil langkah strategik dengan memfokuskan bakat baharu dan bakat sedia ada bagi membina saluran dan komuniti video digital di sekeliling mereka.

#fame telah mengenal pasti 5 pasaran tambahan di Asia Tenggara bagi membina perniagaan video digital tempatan. Ini termasuk Indonesia, Thailand, Singapura, Malaysia dan Filipina selain daripada India. TO THE NEW Ventures, syarikat induk #fame, mempunyai kehadiran strategik yang kukuh di pasaran-pasaran yang telah wujud perniagaannya dalam ruang SMACK (Sosial, Mudah Alih, Analitik, Bahan & Pengetahuan). ASTRO Overseas Limited, pengendali silang media terkemuka di Asia Tenggara, merupakan pelabur strategik penting dalam TTN Ventures.

Bercakap tentang perkembangan ini, Puneet Johar, Pengarah Urusan, TO THE NEW Ventures, berkata, "#fame sedang mencipta kategori LANGSUNG baharu yang mengujakan dalam ruang video dan hiburan mudah alih. Berserta rekodnya yang terbukti bagi bahan digital asli yang menerajui pasaran, kami yakin #fame pasti dapat mencapai kepimpinan pasaran bagi video mudah alih di India dan Asia Tenggara dalam jangka masa terdekat."

Saket Saurabh, Ketua Pegawai Eksekutif, #fame mengulas, "Aplikasi #fame merupakan perintis bukan sahaja kerana ia merupakan aplikasi hiburan video secara langsung yang pertama India, tetapi ia juga bakal menempatkan bahan asli daripada bintang digital muda negara itu yang paling popular. Aplikasi ini menzahirkan wawasan #fame bagi memperkasakan jutaan bakat baharu dalam pengembaraan mereka sebagai pencipta bahan serta membantu mereka mencapai dan juga melibatkan para penonton mereka walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa yang mereka inginkan."

Aplikasi #fame telah dilancarkan dalam masa beberapa minggu selepas pelancaran Meerkat dan Periscope oleh Twitter yang merupakan aplikasi yang membenarkan para pengguna menyepadukan video langsung dengan pesanan media sosial mereka. #fame menyasarkan untuk membezakan daripada aplikasi tersebut dan mendominasi pasaran India dan Asia Tenggara kerana penyetempatan aplikasi itu bagi bakat serta bahan dalam setiap pasaran.

Dengan lebih 300 juta pengguna internet, termasuk 185 juta pengguna yang mengakses internet menggunakan telefon bimbit, India sedang membekalkan hampir 5 bilion tontonan video sebulan dan merupakan salah satu daripada pasaran video digital yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. India bakal mengatasi lebih 200 juta pengguna telefon pintar, mengatasi AS sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2016 (Sumber: e-marketer) dan muat turun mudah alih akan bertambah tiga kali ganda di seluruh dunia dan enam kali ganda di India sahaja menjelang tahun 2015 (Sumber: KPMG). Dari segi penjanaan keuntungan, video digital telah berkembang lebih pantas berbanding sosial dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 56% sejak 3 tahun lalu berbanding kira-kira 40% untuk Sosial. (Sumber: IAMAI 2014).

Latar Belakang TO THE NEW Ventures 

60% daripada pengguna muda, sosial, dan mudah alih dunia akan menetap di Asia menjelang tahun 2020. Dalam dunia sosial dan mengutamakan mudah alih, TO THE NEW Ventures merupakan syarikat produk Internet pemecah kebiasaan, mencipta dan mengendalikan perniagaan yang mengutamakan mudah alih.

TO THE NEW Ventures mengkhusus dalam pasaran baru muncul, terutamanya Asia yang berkembang pesat – India, ASEAN, dan China. Perniagaannya termasuk #fame, platform video dalam talian untuk bakat, American Swan, perniagaan fesyen dalam talian, Thoughtbuzz, analitik sosial 'freemium' dan produk CRM, Blogmint, pasaran untuk jenama dan penulis blog serta TO THE NEW Digital, sebuah syarikat perkhidmatan digital. Ketahui lebih lanjut di www.ttnventures.com . 

Latar Belakang #fame

#fame bakal menjadi rangkaian hiburan digital berpandukan bakat yang utama di Asia. Bagi memenuhi keperluan warga abad moden melalui strategi "mengutamakan bakat" yang tersepadu, rangkaian #fame akan melibatkan 6 buah negara dalam masa 3 tahun akan datang,. Bahan #fame berpusat pada pemprograman video langsung berpandukan mudah alih dan bahan video inovatif mengikut permintaan termasuk harta digital berimpak tinggi, rancangan dan format dalam genre seperti hiburan, makanan, fesyen, muzik dan komedi. Melalui pendekatan berbilang platform dalam pengedaran dan kehadiran yang kukuh merentasi semua platform digital dan sosial, #fame membantu jenama mencapai dan melibatkan penonton melalui penyelesaian tersuai khusus bagi bahan berasaskan bakat, harta dan perkhidmatan video digital.

Muat turun aplikasi #fame daripada Google Play dan iOS 

Jika anda seorang yang berbakat, daftar di www.livfame.com 

Ikuti kami di www.twitter.com/livyourfamewww.facebook.com/livyourfame

Hubungi
Neeraj Karambelkar
+91- 9920083335
neeraj@livfame.com
Fame Digital Pvt Ltd

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150521/745101

Source: Fame Digital Pvt Ltd
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services