omniture

Kenyataan daripada Quest Bagi Pihak Pasukan Kempen untuk Jawatan Presiden FIFA YAM Putera Ali dari Jordan

QUEST
2015-05-25 14:55 248

LONDON, 25 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Sebelum mengumumkan pencalonan baginda pada bulan Januari, Putera Ali telah menghubungi Quest, di bawah kepimpinan Lord Stevens daripada Kirkwhelpington, untuk memastikan tahap integriti dan standard etika tertinggi sepanjang kempen baginda untuk jawatan presiden FIFA. Ini termasuk memastikan tingkah laku beretika oleh semua yang berkaitan dengan kempen Putera Ali, selain pemeliharaan daripada sebarang ancaman kepada integriti proses pengundian, percubaan untuk mencemar reputasi Putera Ali atau helah kotor kempen, oleh mana-mana sumber. 

Dalam mematuhi panduan daripada Putera Ali, pasukan kempennya secara rutin telah merujuk pertanyaan yang tidak diminta yang kelihatan melibatkan tingkah laku meragukan kepada Quest untuk menentukan sama ada tawaran yang dibuat memberi sebarang ancaman kepada Putera Ali, reputasi baginda, atau integriti proses pengundian. 

Laporan hari ini dalam Agent France Presse (AFP) tentang apa yang kelihatan sebagai satu cubaan untuk "mengugut" Putera Ali merupakan salah satu tawaran tidak diingini daripada individu yang mendakwa mempunyai maklumat yang mungkin berguna kepada kempen baginda yang telah diserahkan kepada Quest.

Tawaran pertama yang menjadi subjek laporan hari ini telah diterima pada bulan Januari.  

Pada bulan April, pasukan kempen Putera Ali telah dihubungi oleh seorang lagi individu yang mendakwa mampu membawa 47 undi, selain apa yang kelihatan seperti maklumat yang diperoleh secara salah berkaitan aktiviti kewangan En. Sepp Blatter. Kempen itu merujuk perkara tersebut kepada Quest, mengarahkan mereka menolak tawaran tersebut dan menghubungi agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Dakwaan individu itu yang mendapatkan maklumat secara tidak sah kini di bawah siasatan polis.

Kempen Putera Ali setakat ini belum menerima tawaran melibatkan tingkah laku yang meragukan atau kemungkinan ketidaksahan daripada Persatuan Ahli FIFA atau individu yang mendakwa bertindak bagi pihak mereka. 

Seorang anggota kanan pasukan kempen YAM Putera Ali berkata: "Tawaran yang tidak beretika dan kelihatan tidak sah ini menunjukkan aura semasa penyelewengan yang terus mengeruhkan reputasi FIFA. Semua tawaran sedemikian telah dilaporkan kepada pihak polis. Putera Ali akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang betul dalam kesungguhan baginda untuk menghapuskan ancaman di FIFA."


W: http://www.theproffice.com

Source: QUEST
Keywords: Sporting Events Sports Legal issues