omniture

Kempen 'Terbaik daripada British' Bicester Village Dilancarkan dengan Pembukaan British Designers' Collective

Bicester Village
2015-05-26 10:40 255

LONDON, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Bicester Village memulakan kempen 'Terbaik daripada British' selama enam minggu dengan pelancaran butik British Designers' Collective tahunan pada Rabu, 20 Mei.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/747124-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/747124-b )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/747124-c )

Aktres British dan duta projek Gemma Arterton melancarkan butik tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Fesyen British, Caroline Rush,  Ketua Eksekutif - Value Retail Management  Desirée Bollier, dan pereka British Henry Holland, Eudon Choi, Holly Fulton dan J. JS Lee.

British Designers' Collective di Bicester Village mempamerkan koleksi daripada barisan bakat rekaan 'Terbaik daripada British' termasuk Mary Katrantzou, Sophia Webster, Peter Pilotto, Roksanda, J. JS Lee, Ryan Lo, Nicholas Kirkwood, Holly Fulton, Preen by Thornton Bregazzi, House of Holland, Jonathan Saunders, Eudon Choi, Christopher Raeburn dan Thomas Tait.

Sebuah hab bagi fesyem, pengalaman mewah, budaya dan kreativiti British, Bicester Village menyediakan bakat rekaan British yang telah lama bertapak dan yang baharu dengan peluang untuk ditempatkan bersama jenama mewah yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan British Designers' Collective.

Diadakan dengan kerjasama Majlis Fesyen British dan diaturkan oleh perunding fesyen Yasmin Sewell untuk tahun keenam, 'Gua Aladdin' yang dipenuhi rekaan yang mesti dimiliki menampilkan contoh fesyen British terbaik.

Antara kegemaran fesyen yang dapat dikenal pasti serta-merta termasuk kot bertenun khas Mary Kantrantzou, gaun 'Cascade' Peter Pilotto dan jacquard berpotongan yang berasingan daripada House of Holland - koleksi paling diingini di Britain kini boleh didapati di Bicester Village.

Kempen 'Terbaik daripada British' menyaksikan Bicester Village meraikan bakat kreatif terbaik British, dengan gabungan kreatif fesyen, seni dan muzik yang seuniknya British sepanjang tempoh enam minggu sehingga 30 Jun 2015.

Latar Belakang Bicester Village  

Bicester Village, salah satu Koleksi Village oleh Value Retail, terletak hanya 60 minit dari London dan Birmingham, serta menawarkan pengalaman beli-belah outlet mewah utama UK. Dengan lebih 130 butik outlet yang menyediakan fesyen dan barangan mewah untuk kediaman, Bicester Village menawarkan seleksi unik jenama British dan antarabangsa dengan penjimatan sehingga 60% daripada harga runcit disyorkan, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun. Bally, Diane von Furstenberg, Missoni dan Tory Burch hanyalah beberapa jenama antarabangsa yang terdapat di sini, selain butik pereka British termasuk Anya Hindmarch, Temperley London, Smythson dan Vivienne Westwood. Pelbagai perkhidmatan termasuk Shopping Express®, perkhidmatan koc harian dari London; Pusat Maklumat Pelancong yang memenangi anugerah; kawasan permainan kanak-kanak, tempat letak kenderaan valet, Beli Belah Bebas Tangan, dan Jurugaya Profesional. Dengan pilihan restoran dan kafe, Village itu telah menjadi destinasi untuk pelawat yang mencari pengalaman beli-belah yang hebat dan hari yang menyeronokkan.

Source: Bicester Village
Keywords: Art Entertainment Fashion Retail