SHANGHAI, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Ramos, pengeluar tablet utama dari China dan rakan kongsi global pilihan Intel bagi tablet, telah diundang untuk mengambil bahagian dalam CES Asia 2015, Pertunjukan Elektronik Pengguna pertama di Asia. Acara tersebut akan diadakan di Shanghai bermula pada 25 – 27 Mei 2015.
Ramos akan mempamerkan tablet terbaharunya yang berasaskan pemproses Intel Core, termasuk tablet M12 2-dalam-1 yang dilengkapi pemproses Core M 14mm terbaharu Intel dan siri produk i yang utama, termasuk i9s, i11pro dan i100pro yang dibangunkan pada platform Bay Trail CR, selain telefon mudah alih Q7 berasaskan Windows OS yang membenarkan kemudahan panggilan suara dan juga beberapa produk baharu lain.
Tablet M12 2-dalam-1 itu dijangka menjadi produk yang paling menarik perhatian antara produk-produk Ramos yang dipamerkan. M12 berasaskan Intel Core M 5Y10 menyokong memori 4G dan SSD 256G, skrin HD IPS besar dengan resolusi 1920*1080, sambungan USB 3.0 serta memori tambahan luaran. Selain itu, Ramos i100pro, iaitu edisi i11pro yang dipertingkat, menawarkan wajah dan pengalaman yang luar biasa dengan binaan logam sepenuhnya selain ketebalan yang dikurangkan serta bingkai yang lebih kecil.
Ramos berusaha mencari lebih banyak peluang pasaran selama bertahun-tahun, termasuk pengumuman baru-baru ini tentang perluasannya ke dalam pasaran telefon mudah alih. Selain pelaburan besar daripada lembaga pengarah pengeluar automotif BYD, Ramos telah menubuhkan kerjasama strategik yang erat dengan BYD dalam penyelidikan, pembangunan dan pengilangan telefon mudah alih. Dengan kumpulan pengguna seramai 36 juta, Ramos telah membina reputasi sebagai "berani" dalam pasaran, iaitu reputasi yang telah menjadikan syarikat tersebut sebagai topik hangat dalam kalangan ahli industri. Dengan rangkaian produk yang luas dan pengalaman pengguna yang beraneka, pendekatan pemasaran yang memfokuskan kemungkinan baharu untuk hiburan yang ditawarkan oleh internet yang sentiasa berkembang, teknologi maju dan sokongan kewangan yang kukuh, Ramos merancang untuk melancarkan telefon pintar pertamanya Julai ini. Syarikat tersebut telah pun mengeluarkan gambaran telefon pintar baharu itu. Telefon pintar Ramos berjaya menonjol berbanding para pesaingnya kerana rupa yang menarik, binaan yang cemerlang dan kecekapan kuasa. Syarikat itu juga turut mencari rakan kongsi luar negara dengan aktif bagi tujuan perluasan ke pasaran antarabangsa.
CES Asia 2015