omniture

Dr. Rongxiang Xu, Lebih Dari Sekadar Legenda

MEBO International
2015-05-26 21:00 91

LOS ANGELES, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ -- En. Kevin Xu, Presiden MEBO International, bagi pihak keluarganya, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Barack Obama dan Presiden Bill Clinton atas simpati dan perasaan belas ihsan mereka semasa pemergian Dr. Rongxiang Xu, bapa Kevin.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218111

Sebagai perintis, penginovasi, pejuang kemanusiaan dan pemimpin yang mendahului masanya, komitmen Dr. Xu terhadap kemajuan sains dan kepimpinannya dalam komuniti meninggalkan legasi yang tidak akan dilupakan. Sebagai seorang saintis hayat yang terkenal, Dr. Xu mengabdikan kehidupannya dalam suatu pencarian yang akan memberi manfaat yang besar untuk manusia. Dipetik daripada artikel pertamanya "Kegunaan klinikal terapi pendedahan lembapan bagi lecuran" yang diterbitkan pada 1988 untuk "Sains Pemulihan Regeneratif Badan Manusia (HBRRS)", buku pertama tentang aplikasi regenerasi badan manusia dalam sejarah yang diterbitkan pada tahun 2009, kedua-duanya termasuk dalam koleksi Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat, beliau akhirnya menghasilkan HBRRS dan platform paten yang telah menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya.

Pemergian Dr. Rongxiang Xu mengingatkan kita akan satu petikan tentang nilai seorang manusia. Nilailah seorang manusia bukan "bagaimana ia mati" tetapi "bagaimana ia telah hidup". Bukan "apa yang diperolehnya" tetapi "apa yang diberikannya." Dr. Xu meninggalkan legasi hebat yang merangkumi falsafah, sains dan teknologi beliau, selain, di China sahaja, dianggarkan 200 ribu doktor telah mengamalkan terapi regeneratif beliau dan rangkaian perubatan dibangunkan sepenuhnya yang terdiri daripada kira-kira 12,000 hospital, mengamalkan sainsnya untuk menyelamatkan nyawa setiap hari. Dr. Xu, dengan penciptaan HBRRS, mendedahkan kemungkinan regenerasi manusia tanpa had, dan membuatkan kita semua tahu kita mempunyai kehidupan yang regeneratif dan mampu menjana semula organ secara sendiri.

Dr. Xu selalu berkata, "Saya seorang doktor, selama bertahun-tahun, saya telah membiarkan rakan-rakan saya memanggil saya Doktor Xu, untuk terus mengingatkan saya agar memberi tumpuan kepada penerokaan dan inovasi teknologi serta produk yang mempunyai kesan terapeutik yang ideal, dengan itu meringankan penderitaan pesakit dan juga melindungi kesihatan dan kehormatan manusia. Maka, saya telah mengabdikan diri saya kepada kajian perubatan untuk membangunkan teknologi serta produk sedemikian untuk para doktor bagi meringankan penderitaan para pesakit."

Walaupun Dr. Xu telah tiada, pencarian sepanjang hayatnya terhadap kebenaran saintifik dan semangatnya untuk menyumbang tanpa mementingkan diri kepad dunia akan sentiasa memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan legasinya, dan penemuan serta inovasinya akan terus kekal memberi manfaat kepada banyak generasi manusia yang akan datang.

Sila hubungi: Tom Tao, mebo2015@hotmail.com

Source: MEBO International
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Obituary