omniture

Drishti-Soft Solutions Disebut dalam Bahagian "Sebutan Khas" Gartner Magic Quadrant 2015 bagi Infrastruktur Pusat Hubungan

Ameyo.com
2015-05-26 21:21 155

GURGAON, India, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Drishti-Soft Solutions,pakar utama teknologi pusat hubungan dan integrasi perkhidmatan dengan kepimpinan kepakaran untuk lebih 12 industri penting, telah mengumumkan sebutannya dalam bahagian "Sebutan Khas" untuk Gartner "Magic Quadrant bagi Infrastruktur Pusat Hubungan[1](CCI), Seluruh Dunia" yang diterbitkan pada 18 Mei 2015.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141105/10110170)

Hab Hubungan Pelanggan Ameyo (http://www.Ameyo.com) (produk utama Drishti-Soft Solutions) merupakan suit teknologi pusat hubungan generasi baharu yang berpusatkan pengalaman pelanggan untuk memanfaatkan pengurusan pengetahuan dan mengatur nuansa kemampuan seluruh saluran serta pengurusan kitar hayat pelanggan.

Drishti-Soft Solutions amat berbesar hati kerana disenaraikan oleh Gartner sebanyak dua kali bagi tahun 2015, ditampilkan pertama kali dalam "Panduan Vendor CRM Gartner, 2015[2]" dalam senarai vendor CCI utama serta senarai Pakar Perisian Aplikasi CRM Rantau Asia/Pasifik.

"Kami bersedia membangunkan dunia perhubungan pelanggan yang baharu, menetapkan tahap baharu bagi perhubungan pelanggan untuk seluruh saluran. Mendidik pasaran tentang keperluan sistem perhubungan berpusatkan pengalaman pelanggan adalah sama penting dengan menghasilkan penyelesaian bertaraf dunia, dan kami amat berbangga serta berbesar hati menerima Sebutan Khas daripada Gartner," kata Bishal Lachhiramka, Ketua Pegawai Eksekutif Drishti-Soft Solutions.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam terbitan penyelidikannya, serta tidak menggalakkan pengguna teknologi supaya hanya memilih vendor-vendor tersebut dengan kadaran tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat-pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya dilihat sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan sebarang jaminan, yang dinyatakan atau sebaliknya, berkaitan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sebarang tujuan khusus.

[1] Gartner "Magic Quadrant bagi Infrastruktur Pusat Hubungan, Seluruh Dunia" Drew Kraus et al, 18 Mei 2015
[2] Gartner "Panduan Vendor CRM Gartner, 2015" Jim Davies et al, 11 Mac 2015

Latar Belakang Ameyo:
Perisian pusat hubungan Ameyo merupakan kemudahan sehenti untuk Pengurusan Interaksi Pelanggan. Pelanggan Ameyo menikmati peningkatan signifikan bagi tahap kecekapan, pengurangan kos operasi, fleksibiliti, pengalamn pengguna yang tekal dan pulangan pelaburan (ROI) yang dapat dibuktikan. Dengan kehadiran di lebih 40 buah negara dan merangkumi beberapa vertikal, Ameyo telah diiktiraf dan dicalonkan sebagai teknologi pusat hubungan terbaik oleh pelbagai perusahaan dan pihak berkedudukan tinggi dalam industri.

Ketahui bagaimana Ameyo dapat mengubah pusat hubungan anda menjadi hab hubungan pelanggan, Klik di sini untuk berunding dengan pakar Ameyo CX.

Wakil Media:
Kartik Kakar
pr@ameyo.com
+91-124-4771000

SUMBER  Ameyo.com

Source: Ameyo.com
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Retail Awards Small Business Services