omniture

Vodafone Germany Menjadikan Pelayaran Web Selamat dengan Allot WebSafe Personal

Allot Communications Ltd.
2015-05-26 21:30 122

HOD HASHARON, Israel, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Allot WebSafe Personal menyediakan keselamatan web sebagai penyelesaian perkhidmatan untuk melindungi dan mempertingkat pengalaman Internet pelanggan serta perusahaan

Allot Communications Ltd. (NASDAQ, TASE: ALLT), penyedia global terkemuka bagi penyelesaian jalur lebar pintar yang memperkasa penyedia perkhidmatan komunikasi untuk mengoptimumkan dan menjana keuntungan daripada rangkaian, perusahaan meraka untuk mempertingkat produktiviti, dan pelanggan pula, untuk menambah baik pengalaman digital mereka, hari ini mengumumkan Allot WebSafe Personal sedang memperkasa tawaran Secure Net Vodafone Germany yang baru dilancarkan, iaitu penyelesaian SECaaS berasaskan rangkaian untuk pengguna mudah alih.

Melalui penyepaduan penuh dengan Allot Service Gateway, Allot WebSafe Personal membolehkan Vodafone Germany melancarkan perkhidmatan keselamatan web bernilai tambah secara besar-besaran dan dengan pantas termasuk antiperisian hasad dan kawalan ibu bapa yang meningkatkan kesetiaan pelanggan serta menjana hasil yang bertambah. Pelanggan perniagaan kecil dan sederhana (SMB) serta perusahaan Vodafone Germany juga menggunakan perkhidmatan penyelesaian SECaaS Allott, yang melindungi titik hujung pengguna dan mempertingkat produktiviti perniagaan.

"Ancaman digital pada peranti mudah alih kini menjadi semakin meluas dan canggih. Perkhidmatan Secure Net kami yang diperkasa oleh Allot membenarkan pengguna menggunakan internet mudah alih secara selamat dan jimat dengan menapis keluar bahan berbahaya serta perisian hasad sebelum ia sampai kepada peranti mudah alih, semuanya tanpa menjejaskan prestasi peranti atau hayat bateri," kata Frank Vahldiek, Pengarah Perkhidmatan Pengguna di Vodafone Germany. "Perkhidmatan Secure Net boleh diakses daripada mana-mana peranti mudah alih terhubung Vodafone dan menyediakan ketenangan kepada ibu apa yang bimbangkan aktiviti dalam talian anak-anak mereka atau kepada pengguna yang khuatir terhadap virus serta penipuan pemancingan data ketika melayari web."

Mana-mana pengendali jalur lebar boleh menggunakan Allot WebSafe Personal dalam mod penyewa berbilang, yang membenarkan pengguna menyuai khusus ketetapan keselamatan mereka sendiri, atau dalam mod penyewa tunggal yang menyediakan set ciri keselamatan yang standard untuk semua pengguna. Perkhidmatan itu turut menawarkan pelaporan mengikut permintaan, membolehkan pengguna menyediakan laporan mereka sendiri yang menggariskan aktiviti dalam talian melalui graf yang mudah dibaca.

"Vodafone Germany memilih Allot kerana tawaran SECaaS berasaskan rangkaian yang terbaik bagi jenisnya, yang direka bagi kemudahan pengendalian pada skala tertinggi," kata Gary Drutin, Ketua Pegawai Pelanggan Allot Communications. "Dengan memanfaatkan kelebihan pengambilalihan kami yang terkini, Optenet, Allot komited untuk menyediakan pengalaman mudah alih yang selamat dan terjamin kepada para pengguna seluruh dunia."

Latar Belakang Allot Communications 

Allot Communications Ltd. (NASDAQ, TASE: ALLT) memperkasa penyedia perkhidmatan untuk menjana keuntungan dan mengoptimumkan rangkaian, perusahaan mereka bagi mempertingkat produktiviti, dan pengguna pula, untuk menikmati gaya hidup digital yang sentiasa aktif. Penyelesaian Allot yang menerajui pasaran mengenal pasti dan memanfaatkan kelebihan kepintaran rangkaian bagi menganalisis, melindungi, menambah baik dan memperkaya penyediaan perkhidmatan mudah alih, tetap, dan awan serta pengalaman pengguna. Adunan unik Allot untuk teknologi inovatif, kepakaran terbukti, dan pendekatan kolaboratif terhadap piawaian industri serta perkongsian membolehkan pengendali rangkaian seluruh dunia memartabatkan peranan mereka dalam ekosistem gaya hidup digital dan untuk membuka ruang ke arah pelbagai peluang perniagaan baharu yang luas. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.allot.com.

Kenyataan Jangkaan

Siaran ini mungkin mengandungi kenyataan jangkaan, yang menyatakan kepercayaan dan jangkaan semasa pihak pengurusan Syarikat. Kenyataan tersebut melibatkan sebilangan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan kami berbeza dengan ketara daripada keputusan, prestasi atau pencapaian yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan jangkaan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan sedemikian termasuk risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk berjaya bersaing dengan syarikat lain yang menawarkan teknologi yang bersaing; kehilangan satu atau lebih pelanggan kami yang signifikan; penggabungan, dan kerjasama strategik oleh pesaing, peraturan kerajaan; penurunan permintaan bagi perkhidmatan bernilai tambah utama; kemampuan kami untuk mengikuti kemajuan teknologi dan untuk menambah ciri serta perkhidmatan bernilai tambah baharu; mengurus kitaran jualan yang berpanjangan; risiko pengendalian yang berkaitan dengan projek besar; kebergantungan kami kepada rakan kongsi saluran pihak ketiga untuk bahagian perolehan kami yang banyak; serta faktor lain yang dibincangkan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dalam laporan tahunan Syarikat pada Borang 20-F yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Kenyataan jangkaan dalam siaran ini dibuat menurut peruntukan perlindungan keselamatan yang terkandung dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Kenyataan jangkaan ini dibuat hanya setakat tarikh ini, dan syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang kenyataan jangkaan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, kejadian masa depan, atau sebaliknya.

Hubungi

Sigalit Orr | Allot Communications
+972-9-7619171 | sorr@allot.com

Melissa Chadwick | Merritt Group, Inc.
+1-571-382-8513 | chadwick@merrittgrp.com

SUMBER  Allot Communications Ltd.

Source: Allot Communications Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:ALLT TelAviv:ALLT
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services