omniture

Hari Olimpik Diraikan di Seluruh Kazakhstan

Almaty 2022 Candidate city
2015-05-26 22:37 314

ALMATY, Kazakhstan, 26 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hampir tiga juta orang yang berada di empat daripada bandar-bandar terbesar KazakhstanAlmaty, Astana, Shymkent dan Oral (Uralsk) – telah mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Olimpik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kazakhstan, Kementerian Budaya dan Sukan, pentadbiran bandar masing-masing serta Jawatankuasa Penganjuran untuk acara Sukan Antarabangsa di bandar Almaty untuk menyokong Bidaan Almaty bersempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk pada 2022.

http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/747205

Di seluruh Kazakhstan, seramai 25000 orang lagi mengambil bahagian secara aktif dalam keraian dan pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kazakhstan serta Kementerian Budaya dan Sukan, untuk menunjukkan sokongan mereka bagi bidaan Almaty bagi menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk pada 2022. Di bandar-bandar terbesar negara itu, maraton berbasikal telah dianjurkan dan turut melibatkan Datuk Bandar yang bersaing, selain sukan tradisional Kazakhstan di Shymkent. Para peserta telah disaksikan dan disorak oleh orang ramai di sepanjang jalan. Setelah maraton dan perlumbaan berakhir, para penduduk menyertai pelbagai aktiviti seperti gusti, tenis, perlawanan sumo, bola jalanan dan senaman yang dianjurkan oleh persekutuan sukan kebangsaan dan kelab sukan tempatan.

Di Almaty, 10 orang pelajar - wakil daripada pergerakan sukarelawan Kazakhstan yang begitu mantap - telah menyampaikan bendera sebesar 50 meter persegi dengan logo bidaan Almaty 2022 untuk menonjolkan sokongan generasi muda terhadap Pergerakan Olimpik dan Sukan Olimpik. Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kazakhstan, yang diiktiraf oleh IOC pada 1992, telah mengadakan acara Hari Olimpik sejak dari itu. Bermula dengan beberapa perlumbaan dalam jarak berbeza, ia kini menyelia pelbagai acara di seluruh negara dan untuk seluruh keluarga, bukan sahaja atlet, menekankan tarikh ini sebagai hari yang sangat istimewa untuk acara sukan di Kazakhstan.

Semasa ucapan alu-aluan, En. Akhmetzhan Yessimov, Datuk Bandar Almaty berkata: " Bagi kami di sini, ia bukan sahaja satu lagi sambutan dan bukti lanjut bahawa Almaty merupakan bandar sukan sebenar yang membida dan menganjurkan acara sukan besar seperti Sukan Musim Sejuk Asia, Kejohanan Tergabung FIS Nordic atau Kejohanan Dunia sukan Olimpik dan Universiade Musim Sejuk. Hari ini menunjukkan kesatuan Kazakhstan. Negara yang inginkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Almaty 2022 dan saya bersyukur rakan-rakan saya dari bandar-bandar lain telah membantu Almaty menyatakan kepada dunia dan secara khususnya Pergerakan Olimpik bahawa «kami mahukan Sukan ini». Terima kasih juga kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Kementerian Sukan dan Budaya kerana menganjurkan acara-acara ini - kami benar-benar berharap ini menegaskan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bahawa Kazakhstan sanggup serta mampu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022."

Datuk Bandar bagi keempat-empat bandar juga mengambil bahagian dan menunjukkan kesatuan serta sokongan bagi bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk itu. Turut serta, atlet-atlet terkemuka seperti Serik Sapiyev (pemenang pingat emas sukan tinju bagi Sukan Olimpik London 2012), Gusal Manurova (pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 dalam gusti gaya bebas) dan Yuriy Melnichenko (Juara Dunia Berganda, dan juara Olimpik dalam gusti gaya Greco-roman) semuanya menunjukkan sokongan penuh bagi bidaan Almaty 2022.

En. Saken Mussaibekov, Timbalan Menteri Budaya dan Sukan Republik Kazakhstan berkata: "Hari Olimpik merupakan sebahagian penting bagi strategi Sukan di Kazakhstan kerana ia menarik perhatian kepada nilai-nilai Olimpik dan semangat sebenar sukan. Kami meraikan hari bersejarah ini dengan kebanggaan, kerana rakyat Kazakhstan berbangga dengan warisan sukan mereka. Kami akan meraikan Hari Olimpik yang melambangkan nilai Olimpik sebenar iaitu kecemerlangan, persahabatan dan penghormatan, memfokuskan pemahaman dan pelaksanaan prinsip-prinsip asas ini. Tahun ini, ia akan menjadi lebih istimewa memandangkan kami berada dalam persaingan untuk menganjurkan acara sukan musim sejuk terbesar, Almaty kini dalam perlumbaan terakhir untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 - dan ini memberi penghormatan kepada kami dan memberi sebab kepada usaha kami untuk terus melaksanakan serta menanamkan semangat sukan sebagai kebiasaan harian di Kazakhstan. Moto bidaan kami "Keeping It Real!" adalah lebih daripada satu ungkapan - ia merupakan pencapaian kebanggaan dan cita-cita sebuah negara untuk menggapai cita-cita yang lebih tinggi, bagi merealisasikan impian rakyatnya."

"Kazakhstan adalah sebuah negara sukan. Kami mencintai sukan, menontonnya mahupun bermain sukan. Kami mempunyai minat yang besar dalam bidang sukan. Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 pasti akan memotivasikan populasi kami untuk menjadi lebih aktif, sambil menunjukkan negara kami yang indah dengan budaya yang pelbagai kepada dunia dan memberikan kami penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada ribuan tetamu daripada seluruh dunia dengan menawarkan mereka hospitaliti dengan unsur tradisional dan mesra di Kazakhstan. Penduduk Astana menyokong sepenuhnya Bidaan Almaty untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk pada 2022 dan secara peribadi saya yakin kami akan dapat melakukannya!," ulas En. Arman Bolarov, salah seorang peserta perlumbaan di Astana.

Ikuti @RealAlmaty2022 di  

Facebook: https://www.facebook.com/RealAlmaty2022

Twitter: https://twitter.com/realalmaty2022

SUMBER  Almaty 2022 Candidate city

Source: Almaty 2022 Candidate city
Keywords: Sporting Events Sports