omniture

4ipnet Lancarkan EAP705, Titik Akses Wayarles 11ac Plat Dinding Universal untuk Pengalaman Wi-Fi Hotel yang Optimum

4ipnet, Inc.
2015-05-27 14:07 337

 

TAIPEI, 27 Mei 2015 /PRNewswire/ -- 4ipnet, penyedia utama penyelesaian LAN tanpa wayar yang menyeluruh dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan Wi-Fi pada masa depan, hari ini mengumumkan pelancaran titik akses dalam bangunan 802.11ac plat dinding universal terbaharunya, EAP705. Selain saiznya yang kecil dengan kadar harga berpatutan, EAP705 menyediakan prestasi bergred industri beserta sekuriti yang menjamin capaian Wi-Fi yang berterusan, selamat serta berprestasi tinggi.

Rekaan tidak mudah dilihat EAP705 yang berwarna putih mutiara amat sempurna untuk diadunkan kepersekitaran kerja seharian atau tempat tinggal, dan ideal untuk suasana yang menuntut kepekaan terhadap hiasan seperti bilik hotel. EAP705 boleh dipasang pada outlet dinding bersaiz standard US mahupun EU, dan menyokong 802.3af PoE dengan dua port Eternet LAN Gigabit tambahan. Sambungan berwayar yang diperluas dapat digunakan untuk lain-lain sistem dalam bilik, seperti telefon IP atau IPTV. Bersama port pengecasan USB terbina dalam, EAP705 juga menyediakan kemudahan semua dalam satu yang ringkas untuk tetamu hotel.

Dari segi prestasi, EAP705 dilengkapi dengan rekaan 11ac dua aliran yang menyokong kadar data sehingga 300 dan 867 Mbps dalam jalur 2.4 dan 5 GHz. Ciri-ciri seperti penukaran Multicast ke Unicast, Firewall Lapisan ke- 2, dan Penapisan Pelanggan Optimum memastikan capaian multimedia yang lancar dan tidak terganggu, meminimumkan bilangan cubaan semula paket, di samping meningkatkan prestasi rangkaian keseluruhan. Dengan kemungkinan lebih 10 peranti dalam sebuah bilik hotel, EAP705 menjamin semua peranti dapat menggunakan aplikasi yang memerlukan jalur lebar secara intensif tanpa sebarang penangguhan atau gangguan.

Apabila dipasang bersama kawalan WHG 4ipnet, penyelesaian keseluruhan menyediakan set kefungsian sekuriti dan pengurusan yang komprehensif, seperti penentusahan pengguna berasaskan pelayar, kawalan akses pengguna berasaskan peranan, pendaftaran akaun tetamu serta pengasingan rangkaian maya. Selain itu, berbilang EAP705 dapat diuruskan dengan mudah oleh pengawal pusat, yang turut memudahkan perayauan yang lancar, imbangan beban, dan pengesanan AP palsu. Dengan penyelesaian 4ipnet, pengendali rangkaian dapat menyediakan persekitaran wayarles yang selamat dan berprestasi tinggi, mengurangkan aduan pelanggan serta menghapuskan risiko sekuriti.

"EAP705 merupakan titik akses 11ac terbaik dalam kelasnya untuk Wi-Fi hotel, mengikut perspektif prestasi dan kadar harga," kata Michael Lin, pengarah 4ipnet. "Digabungkan dengan kawalan akses pengguna pengawal WHG yang halus dan antara muka PMS terbina dalam, hotel-hotel dapat menawarkan rangkaian Wi-Fi generasi akan datang yang andal untuk meningkatkan kepuasan pelanggan serta memastikan kesetiaan para tetamu."

Ketersediaan

EAP705 boleh didapati serta-merta.

Sila lawati http://www.4ipnet.com/purchase bagi sebarang pertanyaan.

Latar Belakang 4ipnet

Diasaskan pada 2002, 4ipnet menawarkan penyelesaian LAN wayarles semua-dalam-satu yang mampu milik, menggabungkan pengurusan AP, kawalan akses pengguna, log masuk media sosial,pengurusan awan berbilang laman dan pemantauan aktiviti rangkaian, semuanya dalam satu platform. Melalui reka bentuk ini, banyak kerumitan pemasangan WLAN konvensional; dapat diringkaskan di samping meningkatkan penjimatan kos.

Bersama suit lengkap kefungsian Wi-Fi tetamu, sekuriti gred perusahaan, dan ciri-ciri pengoptimuman prestasi wayarles, 4ipnet menyediakan seni bina Wi-Fi yang menyeluruh serta andal dengan hanya sebahagian daripada kos penyelesaian WLAN tradisional.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.4ipnet.com

 

 

 

Source: 4ipnet, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services