omniture

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global 2015 Menawarkan Wawasan Baharu untuk Penyelesaian Pintar

Ministry of Employment and the Economy
2015-05-27 15:47 341

HELSINKI, Finland, 27 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Anil K. Gupta: "Masalah global memerlukan Penyelesaian Kolaboratif Peringkat Global."

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global 2015 yang akan diadakan di Helsinki pada bulan September menyediakan forum perbincangan dan inovasi antarabangsa untuk menangani cabaran global hari ini: Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesan perubahan iklim serta kerisauan alam sekitar lain yang genting? Bagaimanakah cara untuk meraih kejayaan dan mengambil langkah yang berkesan ke arah masa depan yang lebih baik dengan teknologi bersih?

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global merupakan satu proses dan platform untuk pengarah korporat, pembuat keputusan politik, pelabur, penyelidik, dan semua pihak berkepentingan membincangkan tentang peluang yang boleh disediakan oleh penyelesaian teknologi bersih. Sidang Kemuncak itu menyediakan maklumat serta hubungan perniagaan kepada penyelesaian serta kisah kejayaan di negara-negara Nordic.

China dan India sudah pun, dan pada masa kini, terus menjadi ekonomi besar yang paling pantas berkembang di dunia. Namun begitu, dari perspektif alam sekitar, pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara tersebut kebanyakannya adalah pertumbuhan "kotor" yang mengakibatkan kesan alam sekitar yang buruk. Banyak syarikat Finland telah menukarkan cabaran ini menjadi peluang perniagaan. Kisah kejayaan masa depan sedang dicipta hari ini, dan ia mungkin akan dimulakan di Helsinki, ulas salah seorang penyampai ucapan dasar di Sidang Kemuncak itu, Dr. Anil K Gupta.

Dr. Anil K. Gupta secara meluas dianggap sebagai salah seorang pakar terkemuka dunia untuk strategi dan kesejagatan. Thinkers50 memberi penghormatan kepada beliau sebagai salah seorang daripada 50 pemikir pengurusan paling berpengaruh di dunia. Profesor Gupta akan bercakap tentang pertumbuhan ekonomi di China dan India, cabaran alam sekitar yang tercetus akibat daripadanya, serta peluang-peluang yang mungkin mereka wakili untuk teknologi bersih.

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global mencari peluang perniagaan masa depan 

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global 2015 membawa bersama potensi perniagaan masa depan. Terdapat banyak contoh dari seluruh dunia berkaitan syarikat-syarikat yang berjaya menyediakan penyelesaian komersial kukuh untuk menangani cabaran alam sekitar besar pada zaman kita dalam bidang kepakaran mereka. Syarikat Finland terkenal dengan barisan teknologi bersih mereka yang luas, termasuk: teknologi untuk tenaga boleh dibaharui; bahan baharu; penyelesaian jimat tenaga dan perkhidmatan untuk industri, pembinaan dan kapal; penyelesaian bahan kimia untuk kitar semula air; dan stesen cuaca. Inovasi terbaharu termasuk: bahan api biologi untuk pengangkutan; menukarkan sisa kepada produk dan tenaga; robot pengasingan sampah; komponen dan mesin untuk menggunakan tenaga angin serta suria dan khususnya grid pintar; pembersihan udara dalam bangunan; pencahayaan jimat tenaga; serta penyelesaian pengangkutan dan juga penghantaran baharu.

Teknologi bersih membentuk salah satu sektor yang paling pesat berkembang di Finland, membuktikan kejayaan tidak bergantung kepada pasaran domestik utama. Sektor teknologi bersih kini menggajikan kira-kira 50,000 orang di Finland dan 40,000 pekerjaan dijangka akan diwujudkan dalam bidang itu menjelang tahun 2020.

"Ini merupakan satu jumlah yang besar bagi sebuah negara dengan populasi hanya lebih 5 juta orang sahaja. Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada penyelesaian pintar Finland, sama ada dalam bidang pengangkutan, ekonomi pekeliling, atau grid pintar tangkas," kata Antti Peltomäki, Timbalan Ketua Pengarah, DG GROW, Suruhanjaya Eropah. Peltomäki merupakan salah seorang penyampai ucapan dasar Sidang Kemuncak itu, yang akan memberi ucapan pada 9 September tentang usaha menggiatkan semula industri Eropah.

Sidang Kemuncak pada 8 September itu akan membincangkan perubahan global, rantaian nilai dan kerjasama perniagaan. Persidangan pada 9 September akan meneruskan perbincangan dalam revolusi perindustrian global serta bahagian buruh. Sesi petang akan menilai topik yang sama daripada sudut berbeza seperti rantaian nilai sejagat, teknologi sokongan utama, mobiliti masa depan, dan akan turut memberi gambaran tentang kisah kejayaan teknologi bersih dari seluruh dunia. Cabaran dan peluang dalam sektor mineral akan dibincangkan pada 10 September semasa Persidangan Inovasi Teknologi Bersih dalam Penghasilan Mineral. Isu-isu yang berkaitan di kawasan Artik akan diberi perhatian khusus.

Pelbagai lawatan syarikat akan diadakan pada 10 September, apabila para tetamu persidangan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara teknologi bersih dilaksanakan. Tetamu-tetamu boleh memilih antara lawatan ke Helsinki untuk melihat kehidupan pintar dan teknologi pintar biru, sedikit jauh untuk melihat sisa akhir serta lawatan yang berhampiran sempadan Rusia untuk satu lawatan biologi lanjutan.

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global 2015 berlangsung di Helsinki mulai 8-10 September. Sidang Kemuncak itu menyasarkan unutk memangkinkan hubungan antara semua kumpulan berkepentingan bagi membentuk pelan tindakan antarabangsa serta perkongsian perniagaan yang berpotensi. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu diselaraskan oleh Kementerian Buruh dan Ekonomi Finland, dan dilaksanakan bersama sejumlah rakan kongsi yang mewakili barisan hadapan teknologi bersih di Finland.

Sidang Kemuncak Teknologi Bersih Global 2015 diadakan di Helsinki mulai 8-10 September. Sidang Kemuncak ini merupakan satu proses dan platform untuk pengarah korporat, pembuat keputusan politik, penyelidik, pelabur dan semua pihak berkepentingan membincangkan tentang peluang yang boleh diberikan oleh penyelesaian teknologi bersih. Ia menyasarkan untuk memangkinkan hubungan antara semua kumpulan berkepentingan bagi membentuk pelan tindakan antarabangsa serta perkongsian perniagaan yang berpotensi. Sidang Kemuncak itu diselaraskan oleh Kementerian Buruh dan Ekonomi Finland dan dilaksanakan bersama sejumlah rakan kongsi yang mewakili barisan hadapan teknologi bersih di Finland.

http://www.globalcleantechsummit.fi

Sertai sumbang saran: http://www.fountainpark.fi/globalcleantech

Maklumat lanjut:
Kaisu Annala, Pengarah Strategi, Teknologi Bersih, Kementerian Buruh dan Ekonomi, tel. +358-50-383-6109, kaisu.annala@tem.fi

Pertanyaan Media
Mikko Myller, Pegawai Maklumat, Kementerian Buruh dan Ekonomi, tel. +358-29-504-8054 mikko.myller@tem.fi

Sumber: Ministry of Employment and the Economy

Source: Ministry of Employment and the Economy
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Trade show news