omniture

Sistem Pengurusan Kawanan Inovatif Ubah Pelanggan Afimilk Menjadi Pengeluar Tenusu Utama Dunia

Afimilk
2015-05-27 18:28 358

AFIKIM, Israel, 27 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Sistem pengurusan Afimilk mendorong pelanggannya ke kedudukan pengeluar tertinggi di seluruh dunia. Contohnya, di Kanada, ladang tenusu yang menggunakan produk Afimilk telah menerima skor pengurusan kawanan CanWest DHI tertinggi selama empat tahun berturut-turut.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/744993 )

Pelanggan Afimilk, Larenwood Farms di Oxford County, disokong oleh Norwell Dairy Systems, mendapat skor tertinggi bagi Ontario dan Kanada Barat. "Afimilk merupakan bahagian penting dalam seluruh pengurusan kami. Kami bergantung kepada maklumat tepat dan menepati masa yang disediakannya untuk membuat keputusan bermaklumat," kata Pemilik Chris McLaren baru-baru ini.

Dengan 985 daripada 1,000 markah , keluarga McLaren mencapai prestasi hebat dalam kesemua aspek pengurusan kawanan. Skor tahun 2014 juga mendahului keseluruhan kawasan CanWest (Ontario hingga British Columbia), yang merangkumi 4,000 kawanan DHI. Keluarga McLaren memiliki kawanan tenusu 90 baka Holstein.

Skor Pengurusan Kawanan DHI mengagihkan markah operasi dalam enam bidang berbeza, dan merupakan ukuran prestasi kawanan keseluruhan. Skor yang juga amat sesuai untuk memantau operasi dari tahun ke tahun membolehkan kawanan menilai kawanan mereka berbanding kawanan lain.

"Kami tahu kawanan ini semakin meningkat dan dalam keadaan baik, tetapi kami tidak menjangka akan menerima skor tertinggi. Kami terkejut dan terharu dengan berita ini," kata Chris.

Summitholm Holstein of Lynden di Wentworth County, Ontario, telah mendapat kedudukan kedua. Ladang seluas 100 ekar yang memenangi anugerah itu, dikendalikan oleh Carl, Ben & Dave Loewith, bertempat di Lynden, Ontario.

"Kami memilih kelengkapan dan perisian Afimilk atas saranan peladang lain. Kami telah menggunakan sistem Afimilk kira-kira selama enam tahun dan kini memerah susu 360 ekor lembu dengan Afi," kata Carl.

Menurut Carl, Afimilk menawarkan pengesanan haba dipertingkat, pengesanan awal masalah lembu pindahan, pemantauan prestasi pemerah dan penilaian perubahan bagi kelengkapan pemerahan yang lebih baik. Loewith menambah, Afimilk membolehkan "pengurusan yang tepat".

Secara keseluruhan, simpul Loewith, "kami telah berpuas hati dengan pengalaman kami bersama produk Afimilk dan akan menyarankannya kepada peladang lain."

Latar Belakang Afimilk 

Afimilk telah menyediakan teknologi dan pengetahuan untuk pengeluar tenusu bagi menghasilkan susu berkualiti yang menguntungkan selama hampir 40 tahun. Dengan memajukan teknologi dan menginovasikan penambahbaikan, syarikat itu memenuhi keperluan sektor tenusu yang berubah. Penawaran Afimilk termasuk meter susu yang tepat serta penganalisis susu dan sensor pemantauan aktiviti lembu. Perisian hebat daripada syarikat itu menganalisis data yang diperoleh daripada sensor, dan menyediakan saranan yang munasabah kepada para peladang. Sistem Afimilk digunakan di lebih 50 buah negara.

Hubungi: Noa Yonish, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Tel: +972-50-7589973, noa@afimilk.co.il

Sumber: Afimilk

Source: Afimilk
Keywords: Agriculture Food/Beverages Awards Survey, Polls & Research