omniture

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2015

-- Pentas Serba Baharu Bakal Dibuka di Hongqiao, Shanghai
China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2015-05-28 01:38 309

SHANGHAI, 28 Mei 2015  /PRNewswire/ -- Pada tahun 2014, pameran perdagangan terkemuka Asia untuk industri hiasan bangunan -- Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou) – berjaya menarik lebih 2,200 pempamer dan lebih 640,000 pengunjung dalam masa empat hari. Dengan jumlah kawasan pameran seluas 340,000 meter persegi, ia berkembang menjadi pertemuan besar-besaran untuk keseluruhan industri dengan tema menyeluruh.

Pameran CBD 2014
Pameran CBD 2014
Pameran CBD 2014
Pameran CBD 2014

Bagi memenuhi keperluan pasaran, bermula tahun 2015, Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Pameran CBD) akan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun. Dengan kerjasama bersama "Dapur & Bilik Air China", Pameran CBD bertekad untuk mewujudkan ketetapan baharu dan mencapai kejayaan baharu di Shanghai. Kerjasama antara "Pameran CBD" dengan "Dapur & Bilik Air China" bakal menjadi situasi yang menguntungkan semua.

Pameran CBD bakal melebarkan pengaruhnya jauh ke dalam zon ekonomi teras China -- rantau Muara Sungai Yangtze dan utara China; ia juga akan menarik lebih banyak perhatian daripada luar negara jika melihat kepada status antarabangsa Shanghai.

Terletak di Pusat Ekonomi Paling Dinamik di China
Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (CBD IBCTF) akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di kawasan barat daerah perniagaan Hongqiao Shanghai -- pusat rantau ekonomi paling dinamik di China. Tambahan lagi, terdapat lebih 200 pasar bahan binaan yang meluaskan perniagaan mereka ke seluruh rantau Muara Sungai Yangtze serta di seluruh tanah besar China.

Shanghai merupakan pusat ekonomi, kewangan, dan perdagangan global. CBD IBCTF akan menyediakan pempamer dan pengunjung dengan saluran yang hebat untuk mendapatkan perkhidmatan global mereka. Lebih-lebih lagi, Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) merupakan salah satu daripada pavilion kelas pertama terbesar dunia, menawarkan peserta platform perdagangan yang sangat bagus.

Pameran Bawa Industri ke Aras Baharu
CBD IBCTF membawa ikutan baharu "persilangan jenama" dan "hiasan kediaman tersuai khusus" dalam industri hiasan bangunan, dengan mengisi kekosongan dalam sektor hiasan bangunan di China Timur.

Bahagian bertema yang menyeluruh bagi pameran ini terdiri daripada hiasan tersuai khusus, tingkap dan pintu, perkakasan seni bina, kertas dinding serta fabrik, salutan dan juga bahan kimia, sehingga pencahayaan serta bahan binaan lain. Di sini anda akan memperoleh rekaan hiasan kediaman bertaraf dunia, demonstrasi produk mewah, dan pengeluar terkemuka daripada industri. CBD IBCTF benar-benar merupakan sebuah acara besar-besaran bagi memenuhi semua kecemerlangan dalam industri hiasan bangunan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150527/0861504614-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150527/0861504614-b

Source: China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news