- FCO memberi kadaran tinggi kepada teknologi mesra alam karbon rendah cadangan POSCO E&C bagi "Pembangunan Rekaan Bangunan Sifar Tenaga Dioptimumkan"
- Projek itu akan dilaksanakan menjelang Mac 2016 dengan kerjasama Universiti Cambridge
SEOUL, Korea Selatan, 28 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pada bulan Februari, POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif Hwang Tae Hyun) telah mencadangkan rancangan untuk mereka bentuk bangunan yang dapat meminimumkan kehilangan tenaga dan menghasilkan sendiri tenaga menggunakan sinaran matahari serta haba geoterma (bertajuk "Pembangunan Rekaan Bangunan Sifar Tenaga Dioptimumkan"), melaluinya, syarikat itu telah terpilih dalam Program Dana Kesejahteraan Global Jabatan Luar Negeri & Komanwel (FCO) bagi segmen Kelestarian.
Hasilnya, POSCO E&C akan melaksanakan projek itu bersama Universiti Cambridge menjelang Mac 2016 dan dalam tempoh itu, mereka akan menerima pembiayaan penyelidikan berjumlah GBP15,000 (kira-kira 25 juta KRW).
Cadangan POSCO E&C telah dipilih kerana FCO telah memberi kadaran tinggi kepada potensi pelan rekaan itu untuk menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, selain tahap teknologi mesra alam yang sangat baik akan diaplikasikan.
FCO mewujudkan Program Dana Kesejahteraan Global pada tahun 2011 dan sejak itu telah menguruskannya sebagai cara untuk membangunkan bidang-bidang pembaharuan pengawalseliaan, karbon rendah, kesihatan, IT, antirasuah, dasar ekonomi dunia dan bandar masa depan di peringkat global. Ia bertujuan untuk menyokong syarat-syarat penyelidikan dalam Keterbukaan, Reputasi, Kelestarian dan Peluang. Secara khususnya, ia telah memilih kira-kira 15 organisasi di Korea pada setiap tahun, seperti agensi kerajaan, pertubuhan tanpa untung, institusi akademik dan juga pusat penyelidikan.
"Bangunan Tenaga Sifar Bersih" yang dicadangkan oleh POSCO E&C merujuk kepada bangunan yang meminimumkan kehilangan tenaga disebabkan oleh bahan penebat terma serta tingkap yang diglis berganda, dan secara bebas menyelesaikan pendinginan dan pemanasan udara selain bekalan kuasa yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui, seperti haba geoterma atau sinaran matahari. Gabungan hasil bagi tenaga yang digunakan dan tenaga diperbaharui yang dijana oleh bangunan itu bernilai sifar.
Berdasarkan pembiayaan ini, POSCO E&C akan membentangkan model pengkomersilan untuk bangunan berkarbon rendah, tenaga sifar bersih dan seterusnya menyumbang kepada pengurangan perubahan iklim global melalui teknologi mesra alamnya.