omniture

Wanita dan Remaja di Asia Lebih Berinteraksi dengan Iklan di Tablet Berskrin Besar

Appier Inc.
2015-05-29 00:59 303

Appier siarkan maklumat tingkah laku pengguna rentas skrin memberi pemasar permainan pandangan mendalam kepada profil pemain merentasi peranti berbeza untuk menghasilkan promosi lebih pintar.

TAIPEI, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Appier, syarikat teknologi Kepintaran Buatan utama yang menawarkan kemudahan pemasaran rentas skrin serba guna, hari ini menyiarkan satu infografik yang menonjolkan tingkah laku pengguna rentas skrin untuk industri permainan di tujuh pasaran Asia, termasuk Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Vietnam.

Dalam dunia mudah alih ini, permainan telah berevolusi untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kita merentasi peranti berbeza, yang boleh dimainkan di mana-mana jua dan pada bila-bila masa. Ini penting bagi pemasar permainan untuk merangka strategi dan menyetempatkan promosi permainan mereka untuk setiap pasaran dengan pintar, selain membina pangkalan data tersuai untuk setiap kempen pengiklanan bagi tujuan kecekapan kempen dan pulangan pelaburan (ROI) yang optimum.

Infografik ini, berdasarkan sampel sebanyak 370 titik data daripada pangkalan data Appier pada separuh kedua tahun 2014, direka untuk memberikan pemasar industri permainan dengan pandangan yang melibatkan cara pengguna berinteraksi dengan iklan permainan merentasi peranti berbeza -- telefon pintar, tablet dan komputer peribadi. Ia menyampaikan maklumat penting berikut untuk tujuh pasaran Asia tersebut kepada pengiklan.

  • Pengguna wanita lebih bertindak balas kepada iklan berbanding lelaki: Pengguna wanita menyumbang kadar klik terus (CTR) yang lebih tinggi berbanding lelaki dalam kesemua tujuh pasaran yang ditinjau.
  • Remaja merupakan kumpulan pengguna yang lebih sesuai untuk CTR lebih tinggi: Remaja dalam kumpulan berumur 14-18 tahun merupakan pengguna paling aktif berinteraksi dengan iklan dalam talian, sementara pengguna dalam kumpulan berumur 25-34 tahun di Vietnam serta dalam kumpulan umur 45-54 tahun di Indonesia turut menyumbang kepada CTR yang tinggi.
  • Lebih banyak CTR berlaku pada platform Android berbanding iOS di lima pasaran Asia, sementara CTR bagi iOS adalah lebih tinggi berbanding Android di Singapura dan Malaysia.
  • Lebih banyak CTR bagi iklan permainan terdapat di peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet) sementara CTR pada komputer peribadi merupakan yang paling rendah antara tiga jenis peranti itu, kecuali di Vietnam, melaluinya, CTR pada komputer peribadi mengatasi tablet.
  • Saiz skrin peranti mudah alih memberi kesan kepada CTR iklan permainan. Tablet dengan skrin lebih besar (9.7-hingga 10.1-inci) menerima CTR lebih tinggi berbanding tablet dengan skrin lebih kecil (7-hingga 8.8-inci) dalam ketujuh-tujuh pasaran. Walau bagaimanapun, CTR lebih tinggi berlaku pada telefon pintar dengan skrin lebih kecil berbanding skrin lebih besar (5-hingga 6.5-inci) di empat pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/8521404985Logo

Source: Appier Inc.
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research