omniture

Zon Perdagangan Bebas Ras Al Khaimah Berkongsi Manfaat Penubuhan dan Perluasan Perniagaan dengan Pelabur di China

Ras Al Khaimah Free Trade Zone (RAK FTZ)
2015-05-29 01:44 361

RAS AL KHAIMAH, UAE, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Yang Mulia Sheikh Ahmad Bin Saqr Al Qasimi, Pengerusi, Zon Perdagangan Bebas Ras Al Khaimah (RAK FTZ), telah mengetuai delegasi zon bebas ke China untuk berkongsi kelebihan dan manfaat menubuhkan serta mengembangkan perniagaan di RAK FTZ dengan pelabur China.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150528/744977)

Kedua-dua YM Sheikh Ahmad Bin Saqr Al Qasimi dan Ramy Jallad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RAK FTZ, telah mengadakan pertemuan dan seminar tahap tinggi bersama badan kerajaan dan pelaburan penting, selain syarikat tempatan, serta mengetuai perjumpaan di bandar-bandar China iaitu Guangzhou, Shenzhen, Foshan dan Hong Kong. Perjumpaan tersebut berlangsung mulai 24-28 Mei 2015. Ia merupakan jerayawara kedua RAK FTZ di China. Satu delegasi zon bebas telah melawat Beijing pada November 2014.

"Sejak Emiriah Arab Bersatu dan China menubuhkan perhubungan diplomatik lebih 30 tahun lalu, kerjasama dua hala antara kedua-dua negara telah menghasilkan pertumbuhan berterusan dalam pelbagai sektor ekonomi di kedua-dua negara," kata YM Sheikh Ahmad. "Pembangunan ekonomi secara khusus bermanfaat kepada pelabur China di RAK FTZ, melaluinya mereka boleh beroperasi tanpa cukai, dengan pemilikan penuh syarikat mereka dan rangkaian penuh perkhidmatan penubuhan dan sokongan perniagaan untuk memastikan kejayaan mereka."

RAK FTZ telah menarik minat beberapa pelabur China yang telah menubuhkan syarikat di zon bebas tersebut. Syarikat-syarikat ini termasuk, antara lain: Li Jie International Trading FZC, yang mengendalikan pemerolehan dan pemprosesan pemangkin terpakai dan sisa logam bukan ferus daripada perniagaan petrokimia; Stimes Fabric and Steel Structure FZE, yang menjalankan urusan perdagangan bagi bahan binaan, khemah, kajang dan tarpaulin; serta Fu Yu Trading FZE, yang menjalankan urusan perdagangan bagi pakaian, hadiah, barang mainan dan permainan.

Zon bebas itu juga menempatkan syarikat milik China Hinloon Trading FZE, yang menjalankan perniagaan jentera pembungkusan dan alatan ganti. Syarikat tersebut dibuka di RAK FTZ pada tahun 2013 untuk memanfaatkan lokasi zon bebas itu, yang menyediakan capaian mudah kepada pelanggan di Timur Tengah serta Afrika. Syarikat itu merancang untuk berkembang daripada meja fleksibelnya menjadi sebuah gudang RAK FTZ.

"Kami menjalankan operasi kami di RAK FTZ kerana kami telah mendapat nilai yang baik untuk wang kami, dan mudah untuk berkomunikasi dengan kakitangan mereka," kata Anson Chen, Pengarah Urusan syarikat itu. "Kami juga berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan penubuhan perniagaan yang disediakan oleh RAK FTZ."

Latar Belakang Zon Perdagangan Bebas Ras Al Khaimah:  

Zon Perdagangan Bebas Ras Al Khaimah (RAK FTZ) menyediakan perkhidmatan yang memenangi anugerah dan kemudahan bertaraf dunia, membolehkan pelanggan menubuhkan serta membangunkan syarikat berkeuntungan dengan cepat dan juga cekap di Emiriah Arab Bersatu. Menempatkan lebih 8,000 buah syarikat aktif dari lebih 100 buah negara dan lebih 50 sektor industri, RAK FTZ menawarkan status bebas cukai sepenuhnya kepada pelanggan, membenarkan 100 peratus milikan asing dan penghantaran pulang keuntungan tanpa had, selain banyak lagi insentif yang mesra perniagaan.

Kurang sejam perjalanan dari Dubai, RAK FTZ menawarkan kelebihan geografi yang signifikan kepada pelanggan untuk mengakses pasaran di Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan dengan mudah. Ia memenuhi keperluan unik perniagaan kecil, sederhana dan besar dengan empat taman zon bebas termasuk kemudahan pusat perniagaan, pejabat, gudang, dan tanah untuk pembangunan, selain kemudahan untuk institusi pendidikan. Sejak ditubuhkan 15 tahun lalu, RAK FTZ telah mempelbagaikan perkhidmatannya, daripada fokus tradisionalnya terhadap pengilangan perindustrian dan kini turut menyokong aktiviti perdagangan, jualan serta pemasaran, rangkaian luas sektor perkhidmatan, selain platform logistik dan juga pengedaran. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RAK FTZ, sila lawati http://www.rakftz.com

Wakil Media:

Cleo Eleazar
Pengurus Kanan - Perhubungan Awam & Acara - RAK FTZ
Telefon: +971-7-2077173
E-mel: c.eleazar@rakftz.com

SUMBER  Ras Al Khaimah Free Trade Zone (RAK FTZ)

Source: Ras Al Khaimah Free Trade Zone (RAK FTZ)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Trade show news