omniture

IMD Siarkan Senarai Kedudukan Daya Saing Dunia 2015

IMD International
2015-05-29 02:00 277

LAUSANNE, Switzerland, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ --

AS terus mendahului kedudukan; Asia mengalami keputusan bercampur; ekonomi membangun yang besar kebanyakannya bergerak perlahan

Sekolah perniagaan IMD mengumumkan senarai kedudukan daya saing dunia tahunannya. Dengan menyenaraikan kedudukan 61 ekonomi pada tahun 2015, Pusat Daya Saing Dunia IMD melihat beberapa aspek bagi setiap negara sebagai tempat menjalankan perniagaan.

"Analisis umum bagi senarai kedudukan 2015 menunjukkan negara-negara teratas kembali kepada asas," kata Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD. "Produktiviti dan kecekapan merupakan pemacu daya saing. Syarikat-syarikat sedang meningkatkan usaha mereka untuk meminimumkan impak persekitaran mereka dan menyediakan struktur organisasi yang kukuh untuk tenaga kerja berkembang."

Akses keputusan: http://www.worldcompetitiveness.com/press

Kata laluan: WCY15results

Sorotan Kedudukan 

AS kekal di puncak kedudukan hasil kecekapan perniagaan dan sektor kewangannya yang mantap, pacuan inovasinya dan keberkesanan infrastrukturnya. Hong Kong (2) dan Singapura (3) bergerak naik mengatasi Switzerland, yang jatuh ke tempat keempat. Kanada (5), Norway (7), Denmark (8), Sweden (9) dan Jerman (10) kekal pada kedudukan 10 teratas. Luxembourg meningkat (6) daripada tempat ke-11 pada tahun 2014.

Keputusan untuk Asia adalah bercampur. Malaysia (12 kepada 14), Jepun (21 kepada 27), Thailand (29 kepada 30) dan Indonesia (37 kepada 42) menurun. Taiwan (13 kepada 11), Republik Korea (26 kepada 25) dan Filipina (42 kepada 41) meningkat sedikit.

Peristiwa semasa di Rusia (38 kepada 45) dan Ukraine (49 kepada 60) menonjolkan impak negatif yang dibawa oleh konflik bersenjata dan ketidakstabilan pasaran yang lebih tinggi terhadap daya saing.

Pola penurunan dilihat di Amerika Latin. Chile bergerak daripada 31 kepada 35, Peru daripada 50 kepada 54, Argentina daripada 58 kepada 59 dan Venezuela kekal di bawah jadual. Colombia kekal pada kedudukan 51.

Dalam kalangan ekonomi membangun yang besar, Brazil (54 kepada 56) dan Afrikan Selatan (52 kepada 53) menurun sedikit, China (23 kepada 22) dan Mexico (41 kepada 39) mengalami peningkatan sementara India kekal di kedudukan sama (44).

Senarai kedudukan ini menonjolkan satu kesamaan khusus dalam kalangan negara-negara dengan kedudukan terbaik. Sembilan buah negara daripada kedudukan sepuluh teratas turut tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik bagi faktor kecekapan perniagaan.

Luxembourg mengalami salah satu peningkatan terbesar dalam faktor ini (14 kepada 4) yang banyak menyumbang kepada kenaikannya. Peningkatan Qatar (19 kepada 13) umumnya mencerminkan pemulihannya dari segi faktor kecekapan perniagaan (24 kepada 11) disebabkan oleh peningkatan dalam produktiviti keseluruhan. Pemulihan Greece (57 kepada 50) juga hadir ekoran daripada prestasi kukuh dalam kecekapan perniagaan. Kemerosotan Jerman (6 kepada 10) mencerminkan penurunannya dalam kecekapan perniagaan (9 kepada 16). Begitu juga penurunan Indonesia disertai kejatuhan mendadak dalam faktor kecekapan perniagaan (22 kepada 34).

Pusat Daya Saing Dunia IMD merupakan sebahagian daripada IMD 

IMD merupakan sekolah perniagaan berkedudukan tinggi di Lausanne dan Singapura, diiktiraf sebagai pakar dalam membangunkan pemimpin global melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi.

Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.ch/de/pm/100006390/imd-international

HUBUNGI:

Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352 matthew.mortellaro@imd.org

Sumber: IMD International

Source: IMD International
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research