omniture

Katherine McNamara Lakonkan Watak Utama sebagai 'Clary Fray' dalam SHADOWHUNTERS

Constantin Film
2015-05-29 04:52 436

BURBANK, California dan MUNICH, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Dominic Sherwood, Alberto Rosende, Emeraude Toubia, Matthew Daddario dan Isaiah Mustafa juga sebahagian daripada barisan pelakon 

Constantin Film dan ABC Family telah menemui 'Clary' mereka iaitu Katherine McNamara. Baru-baru ini, McNamara telah dilihat membintangi filem "New Year's Eve" dan seterusnya akan tampil dalam filem "Maze Runner: The Scorch Trials" dan juga pada musim panas ini dalam siri hit ABC Family "The Fosters."

Berdasarkan siri buku fantasi remaja yang laris dijual iaitu The Mortal Instruments oleh Cassandra Clare, SHADOWHUNTERS mengisahkan tentang Clary Fray yang berusia 18 tahun, pada hari ulang tahunnya mendapati, dia bukanlah siapa yang disangkakannya tetapi sebenarnya berasal daripada keturunan Shadowhunter - hibrid manusia-malaikat yang memburu syaitan.

Cantik, kreatif dan bijaksana, Clary Fray merupakan pelajar seni berpotensi yang masa depannya berubah apabila ibunya diculik dan dia mendapati kehidupannya merupakan satu pembohongan. Clary tercampak ke dalam dunia memburu syaitan bersama Jace, Shadowhunter penuh misteri dan sahabat baiknya Simon.  Kini, hidup di kalangan pari-pari, ahli sihir, pontianak dan serigala jadian, Clary memulakan perjalanan mengenali dirinya apabila dia mempelajari lebih lanjut tentang masa lalunya dan apa yang mungkin menjadi masa depannya. Dengan cepat dia belajar menerokai Dunia Bayangan yang dipenuhi bahaya yang tidak terduga. Apabila terpaksa bertindak, dia menerima kuasanya yang baru ditemui dan menyedari dia akan memainkan peranan utama dalam dunia baharu ini.

SHADOWHUNTERS dihasilkan oleh penerbit eksekutif Ed Decter, McG, Robert Kulzer daripada Constantin Film, Michael Lynne dan Robert Shaye daripada Unique Features, Marjorie David dan Michael Reisz serta diterbitkan oleh Don Carmody, David Cormican dan juga Martin Moszkowicz daripada Constantin Film. McG juga akan mengarahkan episod pertama. Sebelum ini, rangkaian tersebut telah mengumumkan Dominic Sherwood ("Vampire Academy") untuk watak 'Jace,' Alberto Rosende sebagai 'Simon', Emeraude Toubia sebagai 'Isabelle Lightwood', Matthew Daddario ("Delivery Man") sebagai 'Alec Lightwood' dan Isaiah Mustafa ("Horrible Bosses") sebagai 'Luke Garroway.'

Latar Belakang Constantin Film

Nama Constantin Film telah sebati dengan kualiti dan kejayaan selama lebih 30 tahun. Ia telah memainkan peranan penting dalam memantapkan perfileman Jerman di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara tahun 1977, apabila Bernd Eichinger menubuhkan syarikat itu, dan 2009, apabila ia disepadukan ke dalam konglomerat media Constantin Medien AG, Constantin Film telah muncul sebagai syarikat produksi dan edaran bebas paling berjaya dalam industri media Jerman. Operasi Constantin Film melibatkan produksi teater filem berbahasa Jerman dan Inggeris, edaran teater, edaran hiburan kediaman, pelesenan dan produksi televisyen.

Senarai hasil produksi Constantin Film termasuklah hit box office dan filem-filem yang memenangi anugerah, terdiri daripada adaptasi komik hingga sastera, drama sejarah, aksi dan genre. Antaranya ialah THE NEVERENDING STORY, filem francais THE FANTASTIC FOUR, THE NAME OF THE ROSE, NOWHERE IN AFRICA, DOWNFALL, THE BAADER MEINHOF COMPLEX, THE HOUSE OF SPIRITS, filem francais RESIDENT EVIL, FACK JU GÖHTE dan LOVE, ROSIE.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Constantin Film
Publisiti
Telefon: +49-89-44-44-60-100
E-Mel: filmpresse@constantin-film.de

SUMBER  Constantin Film

Source: Constantin Film
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television New products/services