omniture

Sambutan Luar Biasa terhadap Bahan Deep Ocean Mineral Generasi Baharu di Fi Vietnam

Pacific Deep Ocean Biotech
2015-05-29 10:20 341

TAIPEI, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Deep Ocean Minerals (DOM®) Diperkaya dilancarkan untuk kali pertama di Vietnam untuk industri bahan makanan di pameran perdagangan Fi Vietnam, bersama Pacific Deep Ocean Biotech Co Ltd yang berazam untuk menjadikan tanda dagang DOM® sebagai sebutan ramai untuk Nutrisi Asia. Ia sudah pun dilancarkan di Taiwan, Tanah Besar China, Jepun, serta Australia, dan dalam masa enam bulan berikutnya syarikat itu akan terus mengadakan pelancaran strategik di Hong Kong dan diikuti dengan Thailand, Indonesia dan juga India.

En. Harry Chai, Pengurus Pembangunan Perniagaan Global mengulas, "Syarikat-syarikat dari Vietnam telah menerima bahan Deep Ocean Mineral kami yang diperkaya dan dipiawaikan dengan begitu bersemangat sekali. Industri nutrisi dan makanan tambahan Vietnam yang sedang berkembang pesat melihat kegunaan serta-merta bagi produk-produk DOM® kami untuk segmen prestasi sukan serta kawalan kolestrol."

Pacific Deep Ocean Biotech telah menghadiri Pameran Perdagangan bahan Makanan (Fi) pada 20-22 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Fi Vietnam merupakan sebuah acara yang dihadiri oleh syarikat-syarikat makanan progresif yang mencari bahan baharu serta inovatif bagi menambah khasiat kepada produk makanan dan juga minuman mereka.

Chai turut menyatakan, "Minat yang paling tinggi datang daripada perumus, pengeluar, syarikat pemasaran pelbagai tingkat (MLM), dan pengedar yang ingin mengimport serta mengedar Deep Ocean Mineral kami yang holistik serta diperkaya dan dipiawaikan untuk industri makanan tambahan dan juga minuman tempatan. Satu pengeluar minuman melihat nilai pada tuntutan "semula jadi" DOM® dan mahu menggunakannya dalam rumusan minuman sukan serta minuman tenaga semula jadi mereka."

Vietnam merupakan sebuah negara yang berkembang pesat dengan potensi dan momentum yang hebat ke arah pertumbuhan perniagaan. Pacific Deep Ocean Biotech sangat gembira dapat menemui peluang perniagaan serta minat daripada syarikat-syarikat Vietnam tempatan bagi mewujudkan hubungan perniagaan yang kukuh.

Dengan kejayaan pameran perdagangan ini, PDOB akan kembali semula ke Bandar Ho Chi Minh bersempena Fi Vietnam pada tahun hadapan. Semoga dapat bertemu anda semua tidak lama lagi!

Latar Belakang PDOB :

Sejak 10 tahun lalu, Pengarah Pacific Deep Ocean Biotech (PDOB) telah membangunkan sumber nutrisi mineral baharu daripada perairan laut dalam yang terletak di Pantai Timur Taiwan yang kedudukannya boleh diakses secara unik dari persisiran pantai. PDOB membekalkan sebatian mineral laut dalam terpiawai dan tersuai khusus untuk industri minuman dan makanan tambahan berkhasiat yang disokong oleh penyelidikan klinikal. Pasukan kami telah menaik taraf proses pemekatan bagi menghasilkan pati mineral tulen dan ekstrak unsur surih (Cecair) yang mudah diserap oleh tubuh manusia. PDOB juga telah menghasilkan Deep Ocean Mineral Powder yang boleh dirumus menjadi produk makanan tambahan kesihatan. Produk kami terpiawai mengikut Magnesium dan mengandungi lebih 70 mineral dan unsur surih berbeza. Deep Ocean Mineral Complexes PDOB disokong oleh kajian saintifik yang telah diterbitkan. Penggunaan utama untuk minuman dikaitkan dengan kelegaan kepenatan dan pemulihan lebih pantas selepas mengalami gangguan fizikal. PDOB mempunyai ibu pejabat di Taipei, Pejabat Antarabangsa di Jerman, dan kemudahan pengeluaran di pantai timur Taiwan. Produk-produk mineral kami diperakui oleh ISO, HACCP, Kosher dan Halal.

Harry Chai, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Global
Pacific Deep Ocean Biotech (PDOB)
+886-922-286189
harrychai@pdobiotech.com
www.pdobiotech.com

Source: Pacific Deep Ocean Biotech
Keywords: Agriculture Beverages Biotechnology Food/Beverages Maritime/Shipbuilding Non-Alcoholic Beverages New products/services Trade show news