omniture

Sydney bercahaya untuk Tottenham Hotspur FC

Destination NSW
2015-05-29 20:59 534

SYDNEY, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Sydney telah diterangi apabila kelab bola sepak legenda England Tottenham Hotspur FC menaiki Jambatan Pelabuhan Sydney, yang diterangi khas dengan lampu biru dan putih bersama pancaran imej pemain Spurs pada tiang-tiang batu pasir struktur ikonik itu, bagi meraikan ketibaan pasukan itu ke Bandar Pelabuhan tersebut pada pagi Khamis.

Pancaran imej tiang Jambatan Pelabuhan Sydney Harry Kane Destination NSW
Pancaran imej tiang Jambatan Pelabuhan Sydney Harry Kane Destination NSW

Seluruh pasukan itu meluangkan masa untuk menyaksikan pelabuhan itu bermandi cahaya dan warna sempena Vivid Sydney, iaitu festival cahaya, muzik dan idea yang terbesar di dunia. Semasa mereka menikmati Pendakian Jambatan istimewa, para pemain dapat dilihat dari bawah semasa menyeberangi apa yang digelar "penggantung kot" dengan jaket beriluminasi khas mereka.

Bagi mengalu-alukan kelab bola sepak legenda itu ke Sydney, bahagian barat Jambatan Pelabuhan Sydney turut diterangi dengan warna biru dan putih serta imej Kapten dan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, penyerang Spurs, Harry Kane; dan pemain tengah Spurs, Christian Eriksen dipancarkan ke atas tiang-tiang jambatan.

Ketika menuruni Jambatan itu, Harry Kane mengambil peluang untuk mengambil gambar 'selfie' berlatarbelakangkan pancaran imej mereka pada tiang-tiang Jambatan itu.

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane berkata "Sydney merupakan sebuah bandar yang hebat dan sungguh menakjubkan setakat ini sejak kami tiba di sini pada pagi ini. Saya dapat melihat Jambatan Pelabuhan Sydney dan Panggung Opera Sydney. Ia kelihatan seperti sebuah bandar yang hebat dan saya benar-benar menikmati masa saya di sini. Saya pasti akan kembali untuk bercuti di sini suatu hari nanti dan akan mengajak semua rakan-rakan saya untuk turut melawat tempat ini."

Penjaga gol Hugo Lloris berkata "Ini merupakan kali pertama saya ke Sydney dan saya benar-benar menikmati saat saya berada di sini. Kami semua amat teruja untuk menerokai bandar yang cantik ini."

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Besar NSW dan Menteri Sukan, Stuart Ayres berkata "Tottenham Hotspur telah menjadi institusi bola sepak selama lebih 130 tahun, dan kami berbesar hati kerana telah dapat mendapatkan satu-satunya perlawanan Australia mereka untuk Sydney melalui agensi pelancongan dan acara besar kami, Destination NSW. Lawatan ini akan mengetengahkan Sydney kepada khalayak global dan menarik para pengunjung dari seluruh Australia dan juga dunia.

"Semasa berada di Sydney, Tottenham juga akan berpeluang melihat lebih banyak tarikan Sydney termasuk melawat Vivid Sydney, dan seharian berlayar di Pelabuhan Sydney kami yang menakjubkan. Kami tidak sabar untuk menunjukkan mengapa bandar kami yang cantik ini merupakan destinasi nombor satu Australia untuk pengunjung antarabangsa," kata En Ayres.

Tottenham Hotspur FC berada di Sydney menjelang perlawanan persahabatan dengan Sydney FC di Stadium ANZ pada Sabtu, 30 Mei 2015.

Tiket masih boleh didapati untuk perlawanan yang dinantikan ini dengan pasukan British yang terkenal itu dan bakal menjadi perlawanan sekali seumur hidup untuk disaksikan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Sydney lawati www.sydney.com. Maklumat lengkap berkaitan program dan tiket Vivid Sydney boleh didapati di www.vividsydney.com

Tiket untuk perlawanan Tottenham Hotspur dan Sydney FC boleh dibeli melalui Ticketek, di www.ticketek.com.au

Wakil Media:

Nadine Ghanem, Destination NSW
E-mel: nadine.ghanem@dnsw.com.au
Tel: 02 9931 1135 Tel. Bimbit: 0477 753 833 

Laura Kelly, Destination NSW
E-mel: laura.kelly@dnsw.com.au
Tel: 02 9931 1164 Tel. Bimbit: 0411 777 676

Rakaman siaran berkualiti boleh dimuat turun di sini:
https://redrobot.filecamp.com/public/files/283j-5m0tei7l

Gambar-gambar beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini:
https://www.dropbox.com/sh/rxclwi5ahjpxpow/AACqAX9jkogIhGA6K8YA8Nsca?dl=0

Hugo Lloris di puncak Jambatan Pelabuhan Sydney Destination NSW
Hugo Lloris di puncak Jambatan Pelabuhan Sydney Destination NSW

 

Harry Kane di puncak Jambatan Pelabuhan Sydney Destination NSW
Harry Kane di puncak Jambatan Pelabuhan Sydney Destination NSW

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150529/8521503440-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150529/8521503440-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150529/8521503440-c

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sports Travel