omniture

Helaba Buka Pejabat Perwakilan di Singapura

HELABA Landesbank Hessen-Thueringen
2015-05-29 21:08 254

FRANKFURT AM MAIN, Jerman dan SINGAPURA, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Helaba Landesbank Hessen Thueringen membuka pejabat perwakilannya di Singapura. Lokasi perniagaan Helaba baharu ini berada di salah satu rantau pertumbuhan paling kukuh di dunia dan merupakan langkah seterusnya ke arah penjajaran semula secara strategik yang komprehensif dalam bidang perniagaan pembiayaan perdagangan luar. "Pembukaan pejabat perwakilan di pusat kewangan Singapura," nyata Hans-Dieter Brenner, Ketua Pegawai Eksekutif Helaba, "merupakan satu lagi pencapaian penting untuk mengukuhkan kedudukan bank kami sebagai institusi pembiayaan perdagangan luar yang terkemuka dalam organisasi bank simpanan."

Sejak awal tahun 2014, Helaba telah melaksanakan orientasi strategik baharu dalam pembiayaan perdagangan luar. Sasarannya adalah untuk menambah baik dengan signifikan tawaran untuk pelanggan langsungnya sendiri dan juga untuk pelanggan bank-bank simpanan tersebut. Selain kredit pembeli dan forfaiting, rangkaian produk terdiri daripada semua produk pembiayaan perdagangan yang membantu ekonomi Jerman dalam aktiviti perdagangannya dengan rantau ini. Di sini, Helaba menumpukan kepada pasaran dagangan luar yang paling penting bagi syarikat-syarikat Jerman. Selain Eropah Tengah dan Eropah Timur, ini termasuk GUS dan Turki, selain Asia Tenggara, India, Korea Selatan dan juga China. Bank tersebut mempunyai hubungan bank koresponden di 120 buah negara. Bagi meningkatkan liputannya secara berterusan di Asia, Ogos lalu, Helaba telah memeterai perjanjian kerjasama dengan 25 buah bank simpanan terbesar Jerman dan BNY Mellon untuk bekerjasama dalam perniagaan kredit dokumentari di rantau Asia Tenggara, India serta China.

Ketua pejabat perwakilan itu ialah Christopher Winnat. Beliau telah pun terlibat secara profesional di rantau tersebut selama dua puluh tahun, yang melaluinya, beliau telah berkhidmat secara langsung selama tujuh tahun di Singapura. Dalam tempoh tersebut, beliau juga telah bekerja untuk institusi-institusi Jerman lain dalam khidmat pengurusan berkaitan pelanggan.

Hubungi:
Helaba
Landesbank Hessen-Thueringen Girozentrale
Pejabat Perwakilan Singapura

One Temasek Avenue,
#05-04 Millenia Tower
Singapura 039192
Tel: +65-6238-0400
Faks: +65-6238-9978
http://www.helaba.com

SUMBER  HELABA Landesbank Hessen-Thueringen

Source: HELABA Landesbank Hessen-Thueringen
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion