omniture

Jelajah servis seberang laut Belt and Road Initiative XCMG dilancarkan di Xuzhou

XCMG
2015-05-31 01:33 242

XUZHOU, China, 31 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Jelajah servis seberang laut Belt and Road Initiative XCMG secara rasminya dilancarkan tengahari ini di Xuzhou. 27 duta dan kaunselor komersil dari 18 negara yang merupakan daripada Belt and Road Initiative telah menghadiri pelancaran tersebut.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150529/219382

Jelajah servis seberang laut itu merupakan jelajah berskala besar pertama seumpamanya dalam industri yang akan melawat 20 negara menurut Inisiatif tersebut, menumpukan kepada perkhidmatan selepas jualan, penyelenggaraan produk dan naiktaraf sistem alat ganti serta lawatan jurumesin merangkumi 1,000 pekerja di seberang laut. XCMG akan memeriksa kira-kira 10,000 produk dalam jaminan tiga tahun yang meliputi 53.7 peratus daripada produk keseluruhannya bersama perkhidmatan tambahan termasuk menawarkan penapis percuma, memeriksa prestasi produk, membimbing kaedah pengendalian dan penyelenggaraan dan bertanya tentang maklumat pembinaan dan mengumpul cadangan untuk penambahbaikan daripada klien. "XCMG menyasarkan untuk menyediakan sokongan kelengkapan pembinaan komprehensif kepada projek infrastruktur di negara-negara tersebut," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG kini memimpin dalam beberapa pasaran serantau, yang bahagian pasarannya di Asia Tengah, Timur Tengah, Russia dan Australia tersenarai pada kedudukan tiga terbaik di dunia. Mengeksport produknya ke 48 negara yang diliputi inisiatif tersebut yang membentuk 76.1% jumlah eksport keseluruhan, XCMG telah membentuk sistem matang jualan, perkhidmatan dan sistem alat ganti di 42 daripadanya, memiliki 80 penjual utama, tiga pengkalan pengeluaran dan empat kilang KD. Setakat ini XCMG memiliki 17 pusat alat ganti dan merancang untuk membina empat lagi di Russia, Algeria, Sri Lankda dan Kemboja.

Andrzej Pieczonka, kaunselor pertama  Seksyen Penggalakan Dagangan dan Pelaburan, Konsulat Jeneral Republik Poland di Shanghai, yang mengambil bahagian dalam pelancaran itu, berkata negara-negara, seperti Poland yang telah membangunkan infrastruktur, menawarkan pengeluar jentera pembinaan China dan syarikat seperti XCMG peluang pelaburan.

Di negara lain seperti Sudan, Qatar, Indonesia dan Laos, XCMG telah menembusi pasaran tersebut dengan mendalam. Bahagian pasaran XCMG telah mencapai 80% di Kazakhstan.

Jelajah servis luar negara XCMG dimulakan tahun ini akan bermula dari Kazakhstan dan meliputi 20 negara, termasuk Pakistan, Turki, Sri Lanka dan Russia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.xcmg.com, atau laman utama XCMG di  Facebook, Twitter dan Youtube

Tentang XCMG 
Diasaskan pada 1989, XCMG kini merupakan pengeluar ke 5 terbesar dunia bagi kelengkapan pembinaan. Hasil tahunan XCMG melebihi 16 bilion USD dan produknya dijual di 173 negara.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery