omniture

ESMO Umumkan Skala untuk Memeringkat Magnitud Manfaat Klinikal bagi Ubatan Anti Barah

European Society for Medical Oncology (ESMO)
2015-06-01 09:00 360

LUGANO, Switzerland, 1 Jun 2015 /PRNewswire/ -- ESMO telah mengumumkan penerbitan ESMO Magnitude of Clinical Benefit Scale (ESMO-MCBS), satu alat untuk membantu klinisian onkologi dalam menilai ubatan anti barah paling berkesan untuk pesakit mereka.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150601/747780 )

ESMO-MCBS menawarkan pendekatan yang rasional, berstruktur dan konsisten untuk 'memeringkat' manfaat yang bermakna dari segi klinikal bagi sesuatu ubatan.

"Sementara telah diketahui nilai sebarang rawatan baharu adalah ditentukan oleh magnitud manfaat klinikal berbanding kosnya, sehingga kini masih belum terdapat alat standard untuk menggred magnitud sedemikian," kata Nathan Cherny, Jabatan Onkologi Perubatan, Pusat Perubatan Shaare Zedek, Israel.

"Sebagai organisasi antarabangsa yang komited terhadap kepentingan seluruh komuniti onkologi, kami khuatir tentang sesetengah ubatan anti barah yang diluluskan oleh Agensi Ubatan Eropah tidak boleh didapati atau tidak mampu dibeli pesakit apabila dipreskripsi," kata Rolf Stahel, Presiden ESMO. "Dengan ESMO-MCBS, kami menyasarkan untuk mengisyaratkan ubatan dengan magnitud manfaat klinikal yang besar yang patut diluluskan di seluruh Eropah untuk akses pesakit pantas."

ESMO-MCBS boleh digunakan dalam pelbagai later, contohnya dalam membuat keputusan dasar awam, untuk membangunkan dan/atau menambahbaik panduan klinikal, dalam situasi klinikal harian.

"Dalam ketiadaan pendekatan standard untuk menggredkan magnitud manfaat klinikal, kesimpulan dan saranan yang didapati daripada kajian sering dipertikaikan," kata Elisabeth G.E. de Vries, Jabatan Onkologi Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Groningen, Universiti Groningen, Belanda, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas MCBS.

"Aplikasi Skala itu akan mengurangkan kemungkinan pernyataan manfaat klinikal akan diputarbelitkan," sambung de Vries.

"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ESMO untuk menyepadukan semua aspek onkologi, kami percaya bahawa satu skala yang menonjolkan ubatan baharu yang paling berkesan dari segi klinikal serta tinjauan persepsi seimbas tentang ketersediaan dan kemampumilikan ubatan sedia ada akan memberikan pendangan berguna untuk komuniti onkologi bagi membantu menggerakkan rawatan barah ke hadapan," kata Alexandru Eniu, Ketua Unit Hospital Harian, Institut Barah Ion Chiricuta, Cluj-Napoca, Romania, Ahli Lembaga ESMO, Pengerusi Jawatankuasa Negara Membangun ESMO, ketua bersama projek Kajian Konsortium Eropah ke atas Ketersediaan Ubatan Anti-Neoplastik ESMO.

Richard Sullivan, Pusat Barah Bersepadu Kings Health Partners, King's College London, Institut Dasar Barah, mengulas: "ESMO-MCBS merupakan langkah pertama yang penting bagi  isu dasar awam kritikal yang bernilai dalam penjagaan barah, membantu merangka penggunaan munasabah sumber peribadi dan awam terhad untuk menyampaikan penjagaan barah yang menjimatkan kos dan mampu milik."

Baca kisah sepenuhnya di sini: http://www.esmo.org/Press-Office/Press-Releases/ESMO-Announces-a-Scale-to-Stratify-the-Magnitude-of-Clinical-Benefit-of-Anti-Cancer-Medicines

Tentang ESMO 

Pertubuhan Onkologi Perubatan Eropah merupakan organisasi profesional Eropah utama yang komited terhadap memajukan kekhususan onkologi perubatan untuk memajukan penjagaan pesakit barah. http://www.esmo.org

Wakil media
Pejabat Berita ESMO
media@esmo.org
+41-91-973-19-07

Sumber: Pertubuhan Onkologi Perubatan Eropah (ESMO)

Source: European Society for Medical Oncology (ESMO)
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services