omniture

Finalis Anugerah WISE 2015 Diumumkan

WISE
2015-06-01 17:02 262

DOHA, Qatar, 1 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Lima belas projek telah dipilih kerana pendekatan inovatif dan penuh impak kepada cabaran paling mendesak dalam pendidikan hari ini 

Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Pendidikan (WISE) telah mengumumkan nama lima belas projek yang terpilih sebagai Finalis Anugerah WISE 2015. Projek-projek ini, dari seluruh dunia, mewakili antara pendekatan paling inovatif dan berkesan kepada cabaran pendidikan global semasa yang penting. Dimulakan oleh Yayasan Qatar pada 2009, di bawah kepimpinan Pengerusinya, Yang Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Anugerah WISE mengenalpasti dan menggalakkan pendekatan paling inovatif dan berkesan kepada cabaran pendidikan global yang penting, dan membina rangkaian pembuat perubahan untuk memberi inspirasi kepada orang lain di serata dunia.

Dipilih oleh pra-Juri daripada pakar-pakar pendidikan antarabangsa, Finalis Anugerah WISE 2015 menawarkan solusi kreatif dalam akses, pendidikan berkualiti, pengajaran STEM dan kemahiran keusahawanan. Bersama mereka menangani pelbagai isu yang melambangkan cabaran global biasa.

Finalis Anugerah WISE 2015 adalah:   

  • Al-Bairaq - Qatar
  • Bridge International Academies - Kenya
  • Children's Video Library in Sign Language - Argentina
  • Discovering Diversity - Australia
  • The Educate! Experience - AS/Uganda
  • The Edible Schoolyard Project - AS
  • GirlEng - Girls in Engineering Program - Afrika Selatan
  • INEE - The Inter-Agency Network for Education in Emergencies - AS
  • The Lab on a Bike - India
  • Lights to Learn - Sepanyol/Amerika Latin
  • Nafham - Mesir
  • NetEase Open Course - China
  • Teacher Changemakers Movement - UK
  • The Talking Book Program - AS
  • Universe Awareness, UNAWE - Belanda

"Projek-perojek Finalis Anugerah WISE 2015 menampilkan solusi kreatif kepada pelbagai cabaran pendidikan di seluruh dunia. Melebihi sumbangan mereka kepada menambahbaik amalan pendidikan dan memperkasakan individu dan komuniti dalam rantau mereka sendiri, projek-projek ini merupakan sumber idea yang kaya dan memberi ilham bagi orang lain di tempat lain," kata Dr. Asmaa Al-Fadala, Ketua Penyelidikan di WISE.

Projek Finalis Anugerah WISE telah dipilih mengikut kriteria yang ketat. Mereka perlu mendemonstrasikan pemikiran inovatif dan impak positif yang konkrit terhadap komuniti dan masyarakat, selain potensi untuk direplikasi dalam konteks dan rantau lain. 

Projek-projek pemenang Anugerah WISE akan diumumkan pada bulan September dan diraikan di Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Pendidikan, 3-5 November, 2015, di Doha, Qatar. Selain publisiti dan peluang rangkaian, setiap satu akan menerima $20,000 (AS).

Untuk maklumat lanjut tentang WISE dan Anugerah WISE, lawati http://www.wise-qatar.org/wise-awards atau http://www.wise-qatar.org/wise-awards-2015

Sumber: WISE

Source: WISE
Keywords: Education Publishing/Information Service Awards