omniture

Buhler Peroleh Kontrak Pemprosesan Beras Melebihi USD 100 Juta di Asia Tenggara dan Buka Kemudahan Pengilangan Baharu

Buhler Group
2015-06-02 02:17 530

BANGKOK, 2 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Bagi memanfaatkan peningkatan permintaan beras di Asia Tenggara, Buhler Group, peneraju dalam pemprosesan beras dan kemudahan pengasingan optikal telah memperkukuh kedudukannya sebagai rakan teknologi pilihan pertama untuk pemprosesan serta pemprosesan semula beras di seluruh Asia Tenggara dengan pesanan melebihi USD 100 juta.

Fokus strategik diperbaharui Buhler di seluruh Asia Tenggara menandakan 24 bulan yang signifikan dalam perluasan berterusan syarikat itu untuk pemprosesan beras selain memperkukuh kedudukan globalnya sebagai rakan teknologi pemprosesan pilihan bagi semua pasaran pengeluaran beras paling penting di dunia. Syarikat itu telah dianugerahkan kontrak besar oleh pemproses dan pemproses semula beras terbesar di seluruh Thailand, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Myanmar - termasuk Merry Rice, Crystal Rice, Siam Parboiled dan TPS Group - bagi meningkatkan keberkesanan kos dan kecekapan persekitaran barisan pemprosesan berasnya.

Melalui kerjasama dengan pemproses dan pemproses semula beras di rantau ini, Buhler menawarkan dan membangunkan pasaran baharu bagi kemudahan pemprosesan beras yang dioptimumkan yang menambahkan nilai untuk pelanggannya melalui hasil, prestasi dan kecekapan yang dipertingkat. Ia turut berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kilang beras makanan-selamat bagi memastikan makanan yang bersih serta selamat untuk pengguna.

Buhler telah mengalami pertumbuhan signifikan di rantau ini, melaluinya, perniagaan bernilai lebih USD 100 juta telah dijalankan, dengan kejayaan khusus berjaya diraih di Thailand. Ini menandakan tempoh rekod, sebahagiannya kerana jumlah kontrak besar yang lebih kecil, termasuk kontrak pemprosesan besar terbesar syarikat itu untuk Merry Rice, dinilaikan di peringkat global sebanyak lebih USD 40 juta.

Kontrak tambahan yang disahkan termasuk kilang beras lengkap pertama di Vietnam untuk Phung Hoang, yang mampu memproses 400 tan sehari. Sebuah kilang pemprosesan padi lengkap di Malaysia untuk Kilang Beras Pek Choo Keok Sdn. Bhd. dan dua kilang pemprosesan padi lengkap di Myanmar untuk Nine Seas serta Yoma Sun. Crystal Rice di Kemboja juga telah memulakan aktiviti pengeluaran manakala Siam Parboiled di Thailand kini dalam peringkat pemasangan lanjutan.

Pelancaran produk signifikan pada tahun 2014 juga telah membantu meluaskan capaian Buhler di Asia Tenggara termasuk mesin pengasingan optikal SORTEX UltraVision™ baharu - dikenali secara meluas sebagai pengasing optikal yang paling berteknologi canggih dan pintar yang disediakan untuk beras.   

Buhler akan terus meluaskan capaian dan kehadirannya di rantau ini dengan menyempurnakan projek sedia ada serta mendapatkan projek baharu. Ia telah membangunkan kilang berciri penuh di Vietnam dan telah membina bengkel aksesori di Indonesia. Bagi menunjukkan komitmen Buhler kepada pelanggannya di seluruh rantau ini, ia terus aktif membina salurannya untuk jualan mesin tunggal dan menubuhkan pasukan teknologi berfokus negara di kebanyakan negara di Asia Tenggara.

Untuk membaca lebih lanjut tentang kejayaan Buhler di Asia Tenggara dan penerangan projek yang telah disempurnakan di Thailand, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Myanmar, sila baca hebahan penuh di sini: http://bit.ly/1EdVyxX

SUMBER  Buhler Group

Source: Buhler Group
Keywords: Agriculture Food/Beverages Contracts