omniture

Bagaimanakah Alice Mengalami Pengembaraannya di Wuzhen?

Wuzhen Tourism Co., Ltd.
2015-06-02 15:27 271

WUZHEN, China2 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Terapung sepanjang terusan di pekan air purba Wuzhen, kanak-kanak dan orang dewasa akan dibawa menelusuri alam fantasi permainan dan kraf rakyat tradisional China, juga dikenali sebagai Festival Permainan Rakyat Kanak-kanak  Wuzhen tahunan yang akan kembali bermula 27 Jun hingga 23 Ogos.

Memasuki lubang arnab dan melalui kolam air mata, Alice mengalami pengembaraan bersama Cheshire Cat yang tersengih dan Caterpillar yang bercakap. Bagi mewujudkan fantasi itu dengan latar belakang budaya Timur tradisional, Wuzhen telah mencipta pengembaraan yang mengujakan untuk kanak-kanak bagi mengalami pengembaraan Alice selama satu hari.

Tiada ramuan ajaib yang dapat mengembalikan ibu bapa ke zaman kanak-kanak mereka, namun mereka boleh bermain permainan rakyat seperti sepak bulu tangkis, lompat gelang getah selain menggolek gelung dan permainan tingting bersama anak-anak mereka.

Yao Jie, pengurus besar jabatan jualan di Wuzhen Tourism Co. Ltd berkata tema festival ini ialah "menikmati permainan yang pernah dimainkan oleh datuk anda semasa zaman kanak-kanaknya." Melalui penekanan ini, festival tersebut mewariskan tradisi kebudayaan daripada generasi kepada generasi seterusnya.

"Apabila ibu bapa menceritakan kisah zaman kanak-kanak di pekan air purba ini, mereka menjadi semakin rapat dengan anak-anak mereka," kata Yao, "selain itu, ibu bapa juga dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka apabila bermain dengan anak-anak."

Walaupun tiada parti teh Mad Hatter, kanak-kanak boleh menjadi pakar manisan di Corner Cafe untuk menghasilkan Daifuku, hidangan manis seperti Tua Pap.

Hentian seterusnya adalah "Queen of Hearts' Garden", yang melaluinya, kanak-kanak menghasilkan taman tumbuhan 'sukulen' mereka sendiri. Kemudian, di "Queen's Croquet Ground," mereka akan menyelesaikan teka-teki, bermain "Angry Birds" dengan belon air serta menikmati permainan dan pertandingan lain yang direka untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.

Para pengembara muda akan memperoleh setem setelah menyempurnakan tugasan. Bagi membawa pulang cenderamata daripada pengembaraan itu pula, setiap keluarga boleh mencelup kain indigo di Bengkel Fabrik Indigo atau membuat patung tanah liat di Bengkel Tembikar Wu (hitam).

Festival tersebut telah menarik perhatian di peringkat antarabangsa selama bertahun-tahun. Kumpulan pelajar Amerika menyertai rakan-rakan dari China pada setiap musim panas untuk mengalami pengembaraan itu.

Festival yang memperlihatkan adat resam budaya dan rakyat pekan itu akan berlangsung selama 58 hari.

Latar Belakang Wuzhen

Wuzhen, sebuah pekan berusia lebih 1,300 tahun dengan Terusan Besar Beijing- Hangzhou purba yang mengalir melaluinya, telah mengekalkan seni bina dan gaya hidup aslinya selama 200 tahun. Digabungkan dengan unsur seni kontemporari dan kemudahan pusat peranginan moden, Wuzhen menyasarkan untuk menawarkan pengalaman santai yang tiada bandingan kepada para pengunjung.

Source: Wuzhen Tourism Co., Ltd.
Keywords: