omniture

Calypso Perkenalkan Bank-in-a-Box untuk Pasaran Modal

Calypso Technology
2015-06-03 01:32 365

SAN FRANCISCO, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Calypso Technology, Inc., piawaian untuk perisian perbendaharaan dan pasaran modal, telah membangunkan pelan induk perindustrian bagi tujuan mengurangkan kerumitan dan kos di bank-bank. Penyelesaian Bank-in-a-Box merupakan model pengendalian sasaran boleh audit yang lengkap untuk pasaran modal dengan proses perniagaan berpratetapan serta manual pengendalian. Dengannya, bank-bank dapat memberi lebih tumpuan kepada hasil dan kurang tumpuan terhadap teknologi.

'Bank-in-a-Box' daripada Calypso telah dibangunkan dengan kerjasama sekumpulan bank global untuk melancarkan, menyatukan dan mendokumen proses serta sistem mereka bagi menghadapi perubahan pasaran dan pengawalseliaan.

"Bank-in-a-Box mencabar pemikiran bahawa teknologi perdagangan patut menjadi proprietari," kata Charles Marston, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Calypso Technology. "Pemikiran semula asas bagi teknologi pasaran modal bukan sahaja akan mengurangkan kos, ia membolehkan bank menumpukan kepada penyediaan penyelesaian bernilai tambah kepada para pelanggan mereka."

"Keperluan untuk menyatukan himpunan teknologi kami cukup jelas, namun penyelesaiannya tidak begitu jelas," kata Jan-Peter Larsson, Ketua Global Pasaran Swedbank. "Bank-in-a-Box menghapuskan proses lewah, mempiawaikan aliran kerja perniagaan dan memberikan kepatuhan dengan mandat risiko pengendalian kami. Kami mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada pelanggan kami."

Satu ciri penting Bank-in-a-Box adalah model operasi berdokumentasi dan aliran kerja perniagaan terpiawai yang meringankan cabaran kos dan kepatuhan yang berterusan. Sementara pelaksanaan sistem pasaran modal kebiasaannya mengambil masa dan menelan kos tinggi, Bank-in-a-Box Calypso dengan amalan terbaik pasaran yang disahkan memberikan pelanggan dengan pelaksanaan yang lebih menjimatkan masa serta kos. Bank-in-a-Box menyediakan piawaian baharu dalam teknologi pasaran modal. 

Calypso merupakan Peneraju bagi Gartner Magic Quadrant untuk Platform Dagangan dan merupakan Penyelesaian Perbendaharaan serta Pasaran Modal  #1 yang terjual bagi tahun keenam berturut-turut dalam Jadual Liga Jualan IBS 2015.

Wakil Media:

Paragon Public Relations
P.J. Kinsella
PJ@Paragonpr.com 
1 (646) 558-6235

Source: Calypso Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services