omniture

Quikkly Dilancarkan dalam Bahasa Cina Ringkas - Gunakan Kreativiti dan Suai Khusus Action Tags Mengikut Kesukaan Anda!

Quikkly
2015-06-03 01:57 331

LONDON, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Berseronoklah dengan mencipta Tag yang cantik dan berkesan untuk membantu menonjolkan orang ramai atau jenama. 

Nama 

Quikkly - iOS, Android dan dalam talian

Pengenalan ringkas 

Pencipta Action Tags, Quikkly, hari ini melancarkan versi aplikasi Bahasa Cina Ringkas mereka yang pertama! Kini anda boleh menjadi kreatif sesuka hati anda dengan mencipta Tag anda sendiri – ubah warna, latar belakang Tag anda, imej, logo, dan banyak lagi. Ini bermakna anda atau jenama anda boleh menyuai khusus Tag bagi mencipta seruan tindakan yang cantik serta berkesan yang tentu akan menarik perhatian.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/747860)

Action Tags sangat mudah difahami oleh orang ramai dan dioptimumkan untuk tindakan serta-merta dalam telefon pintar. Bila anda mengimbas dengan Quikkly, anda boleh pergi ke mana saja yang anda mahu dengan segera.

Isi penting 

  • Quikkly dilancarkan dalam Bahasa Cina Ringkas untuk kali pertama
  • Action Tags Quikkly kini boleh disuai khusus sepenuhnya – orang ramai boleh jadi kreatif sesuka hati mereka!
  • Guna unsur seperti teks, dan warna Tag, imej, dan latar belakang untuk lebih menghidupkan Tag dan lebih menyerlahkannya
  • Pastikan anda atau jenama anda menonjol berbanding yang lain dengan rekaan serta kesan yang menarik perhatian – berseronoklah dengan lebih 17 juta rekaan yang boleh dibuat
  • Menyuai khusus Action Tags adalah pantas, mudah dan tidak remeh – cipta Tag menggunakan aplikasi Quikkly atau dalam talian

Quikkly, pencipta Action Tags dan peneraju dalam merapatkan jurang antara dunia luar dan dalam talian, hari ini mengumumkan yang orang ramai serta jenama kini mempunyai kebolehan untuk menyuai khusus Tag dalam cara yang mereka benar-benar mahukan. Pantas dan mudah dibuat, pengguna boleh jadi kreatif sesuka hati mereka dengan menggunakan alat penyuaian khusus Quikkly yang direka bagi mencipta seruan tindakan yang tercantik setakat ini. Matlamatnya? Bagi menjadikan individu atau jenama lebih menyerlah berbanding orang atau perkara lain. Hari ini, Quikkly juga turut melancarkan aplikasi pertamanya dalam Bahasa Cina Ringkas setelah ia semakin mendapat nama apabila dilancarkan di seluruh Asia.

Boleh didapati dalam iOS, Android dan dalam talian, Action Tags menjadikan tindakan dalam talian mudah difahami dan boleh diakses dengan serta-merta dalam dunia sebenar. Apabila orang ramai melihat Tag yang menarik minat mereka, mereka akan mengimbas menggunakan Quikkly – atau aplikasi yang dibolehkan Quikkly – dan sesuatu yang hebat akan terus berlaku. Ia memang semudah itu. Imbas Tag Spotify untuk memainkan lagu dalam aplikasi Spotify sekarang juga. Imbas dan anda sudah pun menekan 'Suka' melalui Facebook atau 'Ikuti' dalam Twitter.

Dengan lebih 17 juta kombinasi untuk dipilih, Quikkly membenarkan orang ramai dan jenama untuk menyuai khusus:

  • Warna teks
  • Latar belakang Tag
  • Warna bingkai
  • Latar belakang bingkai dan imej
  • Logo
  • Kemasan Tag – bucu membulat atau bersegi

"Sejak dilancarkan pada hujung tahun 2014, kami mula menyedari jumlah aktiviti aplikasi yang sangat besar di Asia, terutamanya di China, Singapura dan Taiwan. Sejak itu tumpuan kami adalah untuk membangunkan versi Bahasa Cina Ringkas untuk Quikkly bagi lebih memudahkan orang ramai dan jenama menjadi kreatif serta menghasilkan Tag tersuai khusus," kata Ken Johnstone, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas, Quikkly.

"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sejauh mana semua ciri baharu ini akan digunakan dan Tag jenis apa yang akan tercipta. Action Tags Quikkly sudah pun menyaksikan kadar imbasan yang tidak pernah dilihat setakat ini, sebanyak 0.5% hingga 15% bergantung pada pelaksanaan. Ini adalah sangat banyak jika dibandingkan dengan kadar klik terus dalam talian yang biasanya berkadar antara 0.03% hingga 0.05%. Saya mempunyai latar belakang rekaan, dan memang penting untuk buat Tag yang boleh diimbas sesuai dengan sifat kreatif yang lebih luas," kata Ken Johnstone, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas, Quikkly. "Semua kemas kini ini menjadikan Quikkly mengatasi saingannya dalam bahan cetakan interaktif. Dan kami masih mempunyai banyak lagi yang bakal diperkenalkan."

Quikkly boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut tentang Quikkly, lawati http://www.quikklytags.com.

Latar Belakang Quikkly 

Quikkly merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang menawarkan Action Tags, yang membolehkan sesiapa sahaja berhubung dengan apa yang mereka mahukan – secepat kilat. Quikkly disediakan secara percuma untuk digunakan oleh semua (Jenama, Agensi atau Individu) – dan hanya beberapa saat diperlukan untuk membuat Action Tag Quikkly melalui telefon bimbit anda atau platform berasaskan web. Quikkly boleh didapati di seluruh dunia. Quikkly dibiayai secara persendirian yang beribu pejabat di London, UK.

Wakil Media: 
Dan Walsh
MUSTARD PR
+ 44-(0)1753-656-661 / dan@mustardpr.com

SUMBER  Quikkly

Source: Quikkly
Keywords: Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services