omniture

FxPro Tingkatkan Tawaran Produknya

FxPro
2015-06-03 02:03 291

LONDON, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Broker FX yang memenangi anugerah, FxPro berbesar hati mengumumkan ia telah memperluas tawaran rangkaian produknya untuk merangkumi beberapa Kontrak untuk Perbezaan (CFD) tambahan termasuk beberapa saham tambahan*, indeks, komoditi dan niaga hadapan tenaga. Lebih khusus, broker tersebut akan menawarkan antara saham paling terkenal dan cair yang tersenarai dalam pasaran Perancis, British, Jerman dan AS, indeks titik baharu seperti indeks China 50 dan USD, niaga hadapan tenaga dan pertanian yang dipertingkat termasuk koko dan kopi, seterusnya membolehkan pelanggan terus mempelbagaikan aktiviti dagangan mereka di samping memanfaatkan perkhidmatan FxPro yang memenangi anugerah. Produk-produk baharu ini akan didagangkan dalam platform FxPro MT4 dan disediakan bermula 1 Jun 2015.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735436)

Dikenali kerana beroperasi sebagai broker Meja-Tanpa-Tawaran, menawarkan kecairan tahap tertinggi dan teknologi pelaksanaan yang hebat, FxPro terus mengembangkan dan menambah baik perkhidmatannya. Dengan itu, broker tersebut memperkenalkan penambahan yang amat dinantikan kepada rangkaian produknya dengan tujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan serta objektif pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif FxPro, Charalambos Psimolophitis, mengulas perkembangan ini:

"Setiap perkhidmatan baharu yang kami tawarkan dipacu oleh usaha berterusan kami untuk memastikan keadaan perdagangan lebih baik untuk pelanggan kami. Setelah menyaksikan pertambahan permintaan terhadap CFD dari segi lebih banyak produk, kami telah menyahut penambahan baharu ini dalam usaha untuk menyediakan pelanggan kami dengan peluang baharu untuk mengembangkan aktiviti perdagangan mereka, di samping turut menikmati faedah daripada platform kami serta standard pelaksanaan yang tinggi."

*Saham hanya disediakan untuk pelanggan FxPro Financial Services Limited

Latar Belakang FxPro 

FxPro merupakan broker FX pemenang anugerah yang mempunyai kepentingan yang selari dengan pelanggannya yang membantu mereka memperoleh lebih keuntungan. Melalui kumpulan kecairannya yang amat luas, ia menyasarkan untuk menjadi penyedia utama penyelesaian dagangan CFD dalam talian untuk pelanggan institusi dan runcit, yang kini diberi khidmat di lebih 150 buah negara dengan platform dagangan maju serta alatan algoritma.

FxPro UK Limited diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (no. lesen 078/07).

http://www.fxpro.co.uk

Amaran Risiko 

Dagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi.

Wakil Media
Hubungan Media
FxPro
+44-(0)20-7776-9720
E-mel: pr@fxpro.com

SUMBER  FxPro

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology New products/services