- Akses terbuka kepada teknologi pengimejan Philips membolehkan penyelidik membangunkan penyelesaian MR termaju untuk meluaskan akses kepada lebih ramai pesakit
ANDOVER, Massachusetts, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) hari ini mengumumkan rangkaian penyelesaian Resonans Magnetik (MR) yang akan dipamerkan di Perjumpaan & Pameran Tahunan ke-23 Pertubuhan Antarabangsa bagi Resonans Magnetik dalam Perubatan (ISMRM) di Toronto, Kanada. Pelawat yang mengunjungi gerai Philips #301 akan menyaksikan inovasi terkini yang direka bentuk bersama klinisian dan rakan kerjasama, untuk mempertingkatkan prestasi klinikal, menambah baik pengalaman pesakit serta memberikan nilai ekonomi. Penyelesaian tersebut menonjolkan komitmen Philips bagi menjadikan MR lebih mudah diakses pesakit, sambil menambah baik keyakinan diagnostik.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140122/NE50581LOGO
"MR membawakan teknologi canggih yang terbaik dan aplikasi klinikal dalam cara yang mantap untuk menangani cabaran klinikal dunia sebenar serta keadaan penyakit untuk orang ramai di seluruh dunia dalam berbilang latar penjagaan merentasi kontinum kesihatan," kata Vinay Parthan, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan MRI, Philips. "MR juga merupakan modaliti pengimejan yang berpotensi dan mempunyai skop yang luas untuk penyelidikan dan penerokaan. Philips teruja untuk berkolaborasi dengan rakan penyelidikan kami ketika kami menginovasi bersama untuk mempertingkat penjagaan pesakit melalui MR yang intuitif serta kuantitatif."
Dengan alatan pemerolehan, pembinaan semula dan penyelidikan pasca pemprosesan seperti persekitaran Paradise Pulse Programming dan Recon 2.0, Philips menyediakan rakan penyelidikan dengan akses kepada algoritma penting dalam sistem MR, membolehkan mereka membangunkan aplikasi mereka sendiri melalui platform Philips.
"Kumpulan kami telah mewujudkan kolaborasi jangka panjang bersama Philips. Satu penyumbang signifikan kepada kejayaan kolaborasi ini adalah kemampuan untuk mengakses kod sumber perisian MR mereka, yang membolehkan kami meneroka jauh ke dalam sistem dan mencipta teknik pengimejan baharu untuk membantu penyelidikan strok," kata Dr. Chun Yuan, Ph.D., Profesor dalam bidang Radiologi dan Biokejuruteraan, Universiti Washington, Seattle, A.S., dan Profesor serta Pengarah Pusat Penyelidikan Pengimejan Bioperubatan, Universiti Tsinghua, Beijing, China. "Akhirnya, kami yakin ini akan membantu kami mencipta kaedah klinikal baharu untuk mendiagnosis dan merawat pesakit yang berisiko mengalami strok sebelum ia berlaku."
Gerai ISMRM Philips #301 akan menampilkan teknologi penyelidikan-sahaja yang berikut:
Gerai tersebut akan turut menampilkan penyelesaian berikut:
Dan produk berikut disediakan secara komersial:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehadiran Philips di ISMRM, lawati gerai Philips #301, lawati www.philips.com/ISMRM dan ikuti perbualan di @PhilipsHealth.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kathy O'Reilly
Komunikasi Philips Group
(telefon bimbit) +1-978-221-8919
Kathy.oreilly@philips.com
Twitter: @kathyoreilly
Latar Belakang Royal Philips:
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) merupakan syarikat kesihatan dan kesejahteraan pelbagai, yang berfokuskan untuk menambah baik kehidupan orang ramai melalui inovasi bermakna dalam bidang Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna dan Pencahayaan. Beribu pejabat di Belanda, Philips telah memperoleh jualan tahun 2014 sebanyak EUR 21.4 bilion dan memiliki kira-kira 108,000 orang kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 buah negara. Syarikat tersebut merupakan peneraju dalam penjagaan kardiak, penjagaan akut dan kesihatan kediaman, penyelesaian pencahayaan cekap dan aplikasi pencahayaan baharu, selain cukuran dan juga kemasan lelaki dan kesihatan oral. Berita daripada Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter.
* Peranti yang dipasarkan untuk aplikasi penyelidikan sahaja. Bukan untuk kegunaan klinikal. Tidak dijual di Kanada.
** Belum selesai 510(k). Tidak dijual di A.S. Tidak dijual di Kanada.