omniture

SUTD Baharu Menunjukkan Pendekatan Ben van Berkel / UNStudio terhadap Rekaan Kampus Baharu

UNStudio
2015-06-03 15:42 258

AMSTERDAM3 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Singapore University of Technology & Design telah disempurnakan

Direka oleh UNStudio dan DP Architects, kampus akademik untuk Singapore University of Technology and Design mencerminkan kefahaman mendalam terhadap keperluan yang berubah terhadap institusi pembelajaran hari ini. Keterhubungan, kolaborasi, penciptaan bersama, inovasi dan sosialiti menjadi asas pemikiran rekaan UNStudio bagi Kampus Baharu.  

SUTD menawarkan empat teras akademik penting: Seni Bina dan Rekaan Lestari, Pembangunan Produk Kejuruteraan, Sistem dan Rekaan Kejuruteraan serta Teknologi dan Rekaan Sistem Maklumat. SUTD merupakan pemacu inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi, dengan kampus baharu yang menyatukan orang ramai, idea serta inovasi.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748029-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748029-b )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748029-c )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748029-d )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748029-e )

Ben van Berkel: "Rekaan ini dengan sedar mengelakkan artikulasi berlebihan dan sebaliknya menumpukan kepada kualiti infrastruktur, kepada keterhubungan dan penciptaan kemudahan yang terbuka, telus serta ringan yang memenuhi keperluan kampus kontemporari. Dengan cara ini, seni bina SUTD tidak menenggelamkan pelajar dengan satu visi tunggal, sebaliknya ia membolehkan mereka mewujudkan bahasa seni bina mereka sendiri."

Kampus akademik baharu itu secara langsung mencerminkan kurikulum SUTD, menggunakan usaha kreatif universiti tersebut untuk memudahkan antara muka rentas disiplin. Rekaan tersebut menawarkan peluang untuk mendalami inovasi dan kreativiti menerusi perhubungan bersambungan tidak linear antara pelajar, fakulti serta ahli-ahli profesional.

Ben van Berkel: "Dengan memperkenalkan koridor pandangan berbingkai dan pepenjuru, sambungan menegak serta mendatar dan juga laluan pejalan kaki bertutup dan meniruskan kenaikan bangunan, keterbukaan diwujudkan yang bermakna bangunan-bangunan individu dialami sebagai satu keseluruhan yang terhubung."

Berdasarkan pelan utama, kampus akademik itu direka melalui dua paksi utama: tunjang tempat tinggal dan pembelajaran, yang bertindih untuk mewujudkan titik tengah dan menyatukan semua sudut kampus. Di pusat nod ini UNStudion mencadangkan ruang fleksibel untuk pameran, acara dan interaksi: Pusat Kampus ini membentuk nadi intelektual kampus dan secara terus menghubungkan asas perancangan utama iaitu Auditorium, Pusat Rekaan Antarabangsa dan Perpustakaan Universiti.

SUTD merupakan bangunan yang amat lestari, menyatukan pelbagai strategi rekaan pasif yang direka untuk mengimbangi keadaan yang berpunca daripada iklim tropika Singapura. Berdasarkan orientasi lanjutan dan kajian angina, prinsip pengudaraan semula jadi diaplikasi dalam seluruh rekaan, bersama teknik penyejukan, laluan jalan kaki berteduhan, teduhan muka bangunan bertingkat, ruang terbuka, kemasukan cahaya matahari yang banyak ke bahagian dalam serta perlindungan daripada hujan lebat.

Gambar: © Hufton+Crow 

Sumber: UNStudio

Source: UNStudio
Keywords: Construction/Building Real Estate