omniture

Ekspo makanan organik bermula di Goesan pada September

Organizing Committee for 2015 Goesan International Organic Expo
2015-06-04 09:00 593

SEOUL, Korea Selatan, 4 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Satu ekspo makanan organik baharu dirancang berlangsung di bandar pertanian pusat Korea Selatan, Goesan pada bulan September, menyatukan dua badan makanan organik utama buat kali pertama, kata penganjur pada hari Rabu.

Ekspo makanan organik akan diadakan di Goesan pada September ini
Ekspo makanan organik akan diadakan di Goesan pada September ini

Ekspo Organik Antarabangsa Goesan 2015 akan bermula pada 18 September di bandar bergunung-ganang di Wilayah Chungcheong Utara, selama 24 hari menerusi tema "Kehidupan Organik, Sains Bertemu Orang Awam."

Ekspo yang akan berlangsung itu dijangka dapat membantu mengukuhkan kedudukan wilayah pedalaman itu sebagai "benua baharu makanan organik" selain "pusat tumpuan untuk industri organik." 

Gabenor Chungcheong Utara Lee Si-jong berkata, ekspo yang dinanti-nantikan itu akan membantu mendorong eksport pertanian wilayah itu semasa upacara yang diadakan lebih awal pada hari itu di Seoul untuk mempromosikan pesta pertanian tersebut. 

"Ekspo Organik Goesan akan bertindak sebagai lonjakan untuk Wilayah Chungcheong Utara mempromosikan hasil pertaniannya yang hebat di peringkat antarabangsa dan membantu wilayah ini menggunakan strategi dengan berani untuk mendorong eksport," kata Gabenor Lee. 

Gabenor tersebut menyatakan, acara akan datang itu akan menjadi yang pertama seumpamanya yang akan menyatukan dua badan makanan organik utama dunia, Pertubuhan Penyelidikan Pertanian Organik Antarabangsa dan Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik. 

"Ini akan menjadi festival global yang membuka pintu kepada dunia baharu bagi makanan organik," kata beliau. 

Jawatankuasa penganjuran sedang berusaha untuk mengundang lebih 250 firma tempatan dan luar negara untuk menyertai pesta tersebut dengan sasaran untuk menarik 660,000 orang pengunjung, termasuk 40,000 orang pengunjung dari luar negara. 

Gabenor Lee menandatangani perjanjian dengan Datuk Bandar Seoul Park Won-soon untuk mendapatkan kerjasama daripada ibu negara bandar itu. 

"Wilayah ini akan cuba menarik minat golongan kaya di China dengan hasil organik berkualiti tingginya pada ketika barangan pertanian murah yang diimport membanjiri pasaran," kata Huh Kyung-jae, pegawai daripada jawatankuasa penganjuran. "Ekspo ini akan meletakkan asas untuk usaha tersebut."

Wakil Media:

Kim Hae Jung
+82-43-280-5036
gaiasea@korea.kr

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150603/8521503638

Source: Organizing Committee for 2015 Goesan International Organic Expo
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Trade show news