omniture

"Destinasi Beli Belah Sehenti" Asia Tenggara iprice group Terima Pembiayaan Awal Bernilai AS$550,000 daripada Asia Venture Group

iprice group
2015-06-04 10:06 607

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Jun 2015 /PRNewswire/ -- iprice group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia telah menerima pembiayaan sebanyak AS$550,000 daripada Asia Venture Group (AVG) untuk mewujudkan komuniti beli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Memandangkan populasi Internet muda di rantau ini kian berkembang sebanyak lebih 50% dalam masa 3 tahun akan datang - mengikut laporan oleh UBS - ia akan mendorong jumlah e-dagang sekurang-kurangnya lima kali ganda menjelang tahun 2020. Bagi memanfaatkan potensi ini, laman sesawang tersebut telah pun menawarkan lebih 3 juta produk daripada lebih  10,000 jenama tempatan dan antarabangsa, diperoleh daripada gedung dalam talian yang dipercayai.

Temui trend dan promosi terkini melalui iprice
Temui trend dan promosi terkini melalui iprice

Diasaskan pada Oktober 2014, Pengasas Bersama Heinrich Wendel berkata, idea laman sesawang itu adalah untuk mewujudkan pengalaman beli-belah dalam talian yang paling menyeronokkan dengan memberikan pembeli cara intuitif dan visual untuk mendapatkan produk. "Sementara laman sesawang lain dalam ruang ini menumpukan perbandingan harga, kami memfokuskan terhadap mengecilkan jumlah produk yang besar kepada kecenderungan peribadi anda. Tidak kira jika anda mencari baju biru dan hitam, kasut tumit tinggi 3 inci, beg sandang yang kukuh, atau sofa Chesterfield yang klasik, kami akan menunjukkan kepada anda laman sesawang yang membolehkan anda memperoleh tawaran terbaik."

Pembeli melayari jutaan produk itu mengikut kategori, jenama, model dan warna, antara ciri-ciri lain, untuk mendapatkan ilham. Semua produk secara automatik dipautkan pada promosi dan kupon istimewa yang ditawarkan oleh gedung-gedung e-dagang masing-masing. Pada masa akan datang, syarikat tersebut akan mempertingkat algoritma pembelajaran mesinnya untuk terus menambah baik "carian pintar" dan memberikan saranan secara individu mengikut tingkah laku pelayaran pengguna.

Beroperasi dari ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur, syarikat itu dianggotai oleh bakat-bakat dari seluruh Asia Tenggara, membolehkan mereka memenuhi keperluan setiap pasaran tempatan secara individu. Perkhidmatan tersebut sudah pun beroperasi di Singapura (iprice.sg), Malaysia (iprice.my), Filipina (iprice.ph), Hong Kong (iprice.hk), Thailand (ipricethailand.com), Indonesia (iprice.co.id) dan Vietnam (iprice.vn) – dengan peningkatan lalu lintas lebih sekali ganda setiap bulan.

Bagi gedung e-dagang, iprice menyediakan kepakaran yang tidak ternilai dalam pemasaran dalam talian, membantu mereka mengembangkan capaian mereka ke pasaran baharu dan meluaskan kumpulan pelanggan mereka. Tito Costa, Pengarah Urusan Zalora Group, destinasi fesyen dalam talian utama Asia, mengiktiraf iprice sebagai rakan sekutu yang kuat. "iprice membantu pembeli dalam talian mendapatkan apa yang mereka cari dan menerokai produk baharu. Mereka menyalurkan trafik bertukar yang tinggi kepada Zalora di seluruh rantau Asia Tenggara dan mendorong hasil kami dengan signifikan," kata beliau.

Latar Belakang iprice group

iprice group merupakan destinasi beli-belah sehenti yang membolehkan pelanggan mencari sebarang produk dengan mudah secara dalam talian, dalam cara yang intuitif dan visual. Sejak Oktober 2014, platform tersebut telah bertapak sebagai peneraju dalam segmen itu merentasi tujuh pasaran:  Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Thailand dan Vietnam. Misi iprice adalah untuk mewujudkan pengalaman beli-belah dalam talian paling menyeronokkan dan menyediakan pilihan produk terluas dalam semua kategori.

Latar Belakang Asia Venture Group

Asia Venture Group (AVG) merupakan Syarikat Pemegangan Internet amali dan persendirian yang menumpukan penghasilan nilai jangka panjang untuk pasaran dalam talian Asia Tenggara. Dengan menyasarkan titik tumpuan ruang Internet Asia Tenggara dalam vertikal terpilih dengan menggabungkan: pengetahuan dan kepakaran antarabangsa canggih, kecemerlangan pelaksanaan yang teliti, rakan kongsi tempatan serta bakat pengurusan antarabangsa terbaik. AVG turut memfokuskan model edaran digital dan amat memilih dari segi syarikat-syarikat yang disokong olehnya, yang membolehkan penglibatan yang tinggi dalam operasi harian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Heinrich Wendel
Pengasas Bersama
+603-2201-0233
E-mel: press@ipricegroup.com

Gambar -  http://photos.prnasia.com/prnh/20150520/8521503228

Source: iprice group
Related Links:
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Retail Web Site Corporate Expansion Financing agreements