omniture

Joule Milik tenthavenue Berkembang untuk Menawarkan Agensi Mudah Alih Khidmat Penuh Baharu, untuk Ringkaskan Pemasaran Mudah Alih di Seluruh Pasaran Membangun

tenthavenue
2015-06-04 21:54 315

SINGAPURA, 4 Jun 2015 /PRNewswire/ -- tenthavenue, kediaman agensi 'pengguna terhubung' WPP, hari ini mengumumkan pelancaran model agensi mudah alih khidmat penuh baharu dipimpin oleh cabang pemasaran mudah alih kumpulan itu, Joule.

(http://photos.prnewswire.com/prnh/20150216/730932)    
(http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748014-a)
(http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748014-b)
(http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748014-c)

Di bawah kepimpinan Sudipto Roy yang dilantik baru-baru ini, Joule baharu telah distrukturkan untuk meringkaskan landskap pemasaran mudah alih pasaran membangun yang kompleks. Bagi mencapai tujuan ini, Joule telah bekerjasama dengan antara penginovasi mudah alih paling terkenal di seluruh dunia, membolehkan jenama yang beroperasi dalam pasaran membangun mengakses kepakaran global yang selari dengan kefahaman setempat.

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rekaan pengalaman mudah alih tahap perusahaan, rekaan dan pembinaan aset, seni bina data pengguna terhubung, integrasi, analitik, pemperibadian, pendengaran sosial, strategi kandungan, strategi pengedaran, mCRM, penyumberan dan penyampaian kandungan.

Melalui model baharu ini, Joule akan menyepadukan pusat penyampaian di seluruh Asia, merangkumi Shanghai, Beijing, Singapura, Hong Kong, Bangalore, Jakarta, Manila, Johannesburg dan Ho Chi Minh, untuk mengurus pengeluaran serta menyediakan akses kepada kemampuan berbeza.

Sudipto Roy, Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Membangun tenthavenue berkata: "Dengan menangani cabaran perusahaan yang lebih besar dalam menyepadukan mudah alih dengan ekosistem pemasaran, kami bergerak melangkaui agensi tradisional atau kegiatan pengedaran iklan mudah alih. Melalui penyatuan data khalayak, penyasaran hiper, pemperibadian kandungan dan pengedaran pintar yang bersesuaian dengan pengguna membolehkan kami menghasilkan nilai yang jauh lebih baik untuk pemasar."

Joule turut mengumumkan pelancaran Electra, platform komunikasi mudah alih "pasaran membangun" komprehensif yang menggunakan teknologi berasaskan awan terbaru untuk menawarkan penyelesaian mudah alih seperti Tindak  Balas Suara Interaktif, USSD (teks), insentif mudah alih, pembayaran, pemperibadian kandungan dan pemampatan kandungan video / teknologi penyampaian. Electra telah pun diuji merentasi lebih satu bilion interaksi pengguna.

Rupert Day, Ketua Pegawai Eksekutif Global, tenthavenue, mengulas: "Kami mencipta model agensi masa depan; berada di persimpangan antara memenuhi objektif jenama dan menyampaikan keperluan para pengguna. Kami membina model yang benar-benar menghidupkan visi 'pengalaman terhubung'. Ini merupakan langkah pertama di Asia dalam langkah tersebut dan banyak lagi yang bakal menyusul."

Latar Belakang Joule 

Joule merupakan agensi pemasaran yang mengutamakan mudah alih. Berfikir dengan lebih pintar, kami membentuk, mencipta, mengedar dan menilai pengalaman jenama merentasi pelbagai saluran, pengalaman yang ingin disertai oleh orang ramai.

Joule merupakan antara jenama paling menonjol di dunia dalam kalangan pelanggan kami, termasuk Unilever, Paramount dan Yum! 

Joule merupakan sebahagian daripada tenthavenue WPP (NASDAQ: WPPGY) dan berada dalam rangkaian agensi tenthavenue, WPP yang berdedikasi untuk mewujudkan pengalaman yang dipandu oleh set pemikiran pengguna.

Latar Belakang tenthavenue

tenthavenue merupakan syarikat komunikasi global yang memenuhi keperluan pelanggan terhubung. Syarikat ini menempatkan beberapa agensi yang menerajui pasaran termasuk Kinetic, Joule, Candyspace, Spafax, Forward dan TMARC.

Dilancarkan pada 2011, tenthavenue kini mengendalikan lebih 60 buah pejabat di 26 buah negara, dan mempunyai kumpulan pelanggan yang melibatkan antara jenama paling menonjol di dunia. tenthavenue merupakan sebuah syarikat WPP.

SUMBER  tenthavenue

Source: tenthavenue
Related Stocks:
NASDAQ:WPPGY
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services