omniture

Infinitus Diberi Penghormatan menerusi Anugerah Kualiti Terkemuka Antarabangsa oleh Monde Selection

LKK Health Products Group
2015-06-05 12:35 271

LISBON, Portugal, 5 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pada 1 Jun, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), telah dianugerahkan anugerah kualiti terkemuka antarabangsa oleh Monde Selection di Portugal. Produknya, Beautrio Whitening Essence berjaya meraih Anugerah Emas, manakala Dried Tangerine Peel Pu'er Tea menerima Anugerah Perak.

Infinitus Diberi Penghormatan menerusi Anugerah Kualiti Terkemuka Antarabangsa oleh Monde Selection
Infinitus Diberi Penghormatan menerusi Anugerah Kualiti Terkemuka Antarabangsa oleh Monde Selection

Sebanyak 1,008 buah syarikat dari 82 buah negara mengambil bahagian dalam pemilihan itu dengan lebih 2,700 produk kali ini. Akhirnya, selain Infinitus, Nestle dari Switzerland, Morning Food dari UK, It's Skin dari Korea, dan lain-lain jenama terkenal di peringkat global turut diberi anugerah.

Sebagai sebuah organisasi bebas dan bertaraf antarabangsa, Monde Selection bertujuan untuk menguji barangan pengguna dari seluruh dunia. Ia juga merupakan salah satu institusi pengujian pihak ketiga paling bersejarah dan autoritatif di dunia. Setiap tahun, produk yang mengambil bahagian dikelaskan mengikut ciri produk dan dinilai oleh juri bebas.

Juri terdiri daripada lebih 70 ahli profesional, yang mempunyai pengetahuan profesional yang tinggi serta pengalaman yang luas dalam pengilangan makanan. Mereka menilai produk-produk itu berdasarkan kriteria ketat yang melibatkan keselamatan produk, fungsi, data dan kemajuan teknikal hasil buatan.

Oleh itu, ia diiktiraf secara meluas oleh industri bahawa anugerah kualiti oleh Monde Selection ini melambangkan kualiti premium produk yang menerima anugerah, diiktiraf oleh negara-negara berbeza di dunia dan pengeluar yang menerima anugerah diberi "pasport" kualiti untuk dunia.

Infinitus telah memberi tumpuan penuh untuk menyediakan produk dan perkhidmatan ubat-ubatan China tradisional (TCM) berkualiti tinggi kepada pengguna selama 23 tahun. Berpegang kepada wawasan kualitinya "membangunkan produk dipercayai dan boleh diharap di peringkat global", Infinitus menggabungkan teori TCM, konsep Penyelidikan & Pembangunan (R&D) maju bertaraf antarabangsa serta pembuatan dimodenkan dalam pengilangan produknya. Selain itu, ia memilih bahan herba premium asli dan melaksanakan kriteria ketat dalam memilih bahan serta sistem kawalan kualiti untuk menjaga kualiti premium, membantu masyarakat umum mengimbangkan imuniti mereka dan juga menjalani kehidupan yang sihat.

Infinitus merupakan jenama teras LKKHPG yang berpengkhususan dalam R&D, pengeluaran serta jualan produk kesihatan TCM. LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, sebuah perusahaan Hong Kong berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG merangkumi ladang herba China, R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah. Ahli-ahli LKKHPG terdiri daripada Infinitus (China) ) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd, dan HeHa Digital Health Ltd.

HUBUNGI:
Samson Su
+86-20-38168859
samson.su@infinitus-int.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150603/0861504892

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Awards