LONDON, 5 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Pengiktirafan yang semakin meluas menunjukkan pengaruh kuat dalam gerakan sajian global dan sumbangannya yang semakin meningkat kepada ekonomi Mexico
Minggu ini, diumumkan tiga buah restoran di Mexico telah diiktiraf semasa majlis anugerah 50 Restoran Terbaik Dunia yang diadakan pada 1 Jun di Guildhall di London, yang mana Mexico menduduki tempat keempat dalam senarai global untuk negara yang paling banyak mendapat anugerah dan seri dengan Itali serta Peru, diikuti dengan A.S., Sepanyol, dan juga Perancis. Sambutan gastronomi global tahunan Akademi 50 Restoran Terbaik ini meraikan restoran dari seluruh dunia bagi kehebatan kulinari mereka berdasarkan ulasan 1,000 ahli mereka, setiap satunya dipilih mengikut kepakaran mereka dalam sajian antarabangsa. Tiga restoran yang diiktiraf ialah:
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748142 )
Gastronomi Mexico serta industri yang berkaitan dengannya adalah bidang keutamaan untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan Mexico, dari segi promosi pelancongan dan budaya serta menyokong pengeluar, pengeksport, produk artisan, dan juga restoran. Industri berkaitan gastronomi ini sedang berkembang lebih pesat daripada ekonomi keseluruhannya dan dengan pelbagai inisiatif sedang dirancang dalam serta luar negara, ikutan ini dijangka akan terus meningkat setelah mendapat pengiktirafan minggu ini.
Setiausaha Pelancongan Mexico, Claudia Ruíz Massieu, menghadiri acara itu dan menyatakan, "Ini merupakan penghormatan julung-julung kalinya bagi gerakan sajian Mexico. Sejak gelaran UNESCO diberikan kepada sajian Mexico dan Perancis sebagai warisan budaya tidak ketara, rasanya yang beraneka, bahannya dan gaya masakannya yang pelbagai serta chef yang inovatif telah mengukir nama mereka di persada dunia. Kita sedang menyaksikan saat revolusi dalam trend gastronomi global dan Mexico berada di barisan hadapannya."
Daripada pasar yang meriah dan makanan jalanan sehinggalah persediaan tradisional yang beraneka serta rasa dengan sejarah ribuan tahun, dan akhirnya tiba ke medan gastronomi moden dan juga kreatif hari ini, Mexico telah diangkat sebagai syurga penggemar makanan. Bagi meningkatkan lagi kesedaran dan menggalakkan eksperimentasi dengan bahan serta keluaran artisan Mexico, sajian Mexico telah dijadikan tumpuan selama tiga bulan pada tahun ini di Selfridges, London, yang dianugerahkan sebagai Gedung Membeli-belah Terbaik Dunia selama tiga tahun berturut-turut.
Mexico terus berkembang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk keluaran makanannya juga. Ia sudah pun menjadi pengeksport terbesar dunia untuk avokado, tomato, betik, mangga, bir, tequila, dan mezcal, produk khusus termasuk bir buatan tangan, wain, minuman keras, minyak, vanila, kopi, dan coklat terus meningkat pada kadar yang luar biasa. Semua eksport ini, digabungkan dengan budaya restoran dan penggemar makanan yang semakin subur, terus menyokong kemajuan jutaan rakyat Mexico yang terlibat dalam industri pertanian, pengeluaran, perkhidmatan makanan dan hospitaliti di seluruh negara.
Sumber: The Mexico Tourism Board