omniture

Inisiatif Salmon Global Lancarkan Laporan Kelestarian Sulung Bersama Sidang Kemuncak Lautan Dunia 2015

Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, hari ini, GSI melancarkan Laporan Kelestarian dalam talian yang interaktif bagi menetapkan standard baharu untuk pelaporan telus bagi sektor makanan global. Laporan ini memperlihatkan komitmen kukuh anggota GSI terhadap penambahbaikan berterusan dalam kelestarian operasi mereka.
The Global Salmon Initiative (GSI)
2015-06-05 15:00 312

LISBON, Portugal, June 5, 2015 /PRNewswire/ -- Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, hari ini, Inisiatif Salmon Global (GSI) melancarkan Laporan Kelestarian sulungnya di Sidang Kemuncak Lautan Dunia 2015 di Lisbon, Portugal. Laporan penting itu menampilkan data persekitaran dan sosial yang penting melibatkan kesemua 14 buah syarikat anggota GSI. Ini merupakan kali pertama sektor makanan global telah melaporkan secara kolektif petunjuk prestasi kelestarian dalam cara yang begitu telus.

http://www.multivu.com/players/English/7543151-gsi-inaugural-sustainability-report/

"Pelancaran Laporan Kelestarian GSI menunjukkan kepimpinan kumpulan itu dalam mewujudkan ketelusan yang lebih baik dalam sektor akuakultur. Ia merupakan pencapaian yang mengagumkan yang mana mereka telah membangunkan platform pelaporan kolektif, dan kami amat menggalakkan sektor serta platform pengeluaran lain untuk mengikuti contoh ini," kata Piers Hart, Ketua Global bagi Akuakultur di WWF.

Pelancaran Laporan Kelestarian itu melambangkan pencapaian penting bagi GSI, dan akan menjadi kritikal untuk pelaporan terhadap banyak objektif mereka. Laporan Kelestarian dalam talian menyertakan data tentang:

  • Petunjuk persekitaran dan sosial yang penting untuk setiap anggota GSI
  • Perkembangan ke arah sasaran GSI untuk mencapai pensijilan Majlis Pengawasan Akuakultur (ASC) di semua kolam menjelang tahun 2020
  • Kecekapan salmon ternakan sebagai sumber protein yang lestari dan sihat

"Hari ini, di Sidang Kemuncak Lautan Dunia, pemimpin global membincangkan potensi peranan yang dapat dimainkan oleh akuakultur dalam meningkatkan ekonomi dunia. Melalui pelancaran Laporan Kelestarian, kami kini dapat menunjukkan bagaimana salmon ternakan melambangkan penyelesaian yang sesuai untuk menjana peluang ekonomi, diseimbangkan dengan operasi yang lestari dan prestasi persekitaran yang dipertingkat," kata Jon Hindar, Pengerusi Bersama GSI dan Ketua Pegawai Eksekutif Cermaq.

"Dalam persekitaran demografik yang mana dunia mencari sumber protein lestari untuk memenuhi keperluan populasi yang berkembang, dan masyarakat semakin inginkan makanan sihat, salmon ternakan meningkat sebagai sumber protein yang sihat dan amat cekap. Melalui pelancaran laporan ini, anggota GSI menunjukkan komitmen mereka bagi memenuhi permintaan ini dengan lestari. Laporan ini menetapkan garis asas bagi prestasi industri, dan menjana titik rujukan untuk menjejak perkembangan kami dalam cara yang dapat disemak dengan telus oleh komuniti dan pemegang kepentingan. Laporan ini merupakan komitmen tulen untuk mengadakan kemajuan signifikan dalam kelestarian kami, melalui kerja keras serta fokus berterusan daripada anggota GSI," kata Ricardo Garcia, Pengerusi Bersama GSI dan Ketua Pegawai Eksekutif Camanchaca.

Laporan tersebut menyediakan data untuk semua anggota GSI dalam bidang-bidang berikut: ikan yang terlepas, kadar kematian ikan, penggunaan antibiotik, tahap kutu laut, rawatan kutu laut, interaksi hidupan liar, penggunaan bahan marin dalam bahan makanan, kepatuhan, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, serta interaksi bersama masyarakat tempatan.

Laporan tersebut melambangkan berbulan-bulan kerja keras dan kolaborasi daripada semua syarikat anggota GSI. Pengumpulan dan penyusunan data boleh dibandingkan dari rantau yang begitu pelbagai yang mana GSI beroperasi merupakan proses yang mencabar, tetapi dari masa ke masa dan dengan lebih banyak pengalaman, GSI berharap akan menunjukkan perkembangan signifikan dalam data yang dinyatakan dalam Laporan Kelestarian.

Laporan lengkap boleh dilihat di sini: http://www.globalsalmoninitiative.org/sustainability-report

LATAR BELAKANG GSI 

Inisiatif Salmon Global (GSI) merupakan inisiatif kepimpinan yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pengeluar salmon ternakan global yang memfokuskan untuk membawa kemajuan signifikan terhadap kelestarian industry ini. Hari ini, GSI terdiri daripada 14 buah syarikat, mewakili kira-kira 50% daripada industri pengeluaran salmon global, yang amat komited untuk merealisasikan matlamat bersama bagi menyediakan sumber makanan sihat yang amat lestari untuk memenuhi keperluan populasi global yang meningkat, di samping meminimumkan jejak alam sekitar kami, dan terus menambah baik sumbangan sosial kami.

Syarikat-syarikat anggota GSI terdiri daripada Bakkafrost; Blumar; Cermaq; Compañía Pesquera Camanchaca; Empresas AquaChile; Fjardlax; Grieg Seafood; Huon Aquaculture; Los Fiordos; Marine Harvest; Multiexport Foods SA; New Zealand King Salmon; Norway Royal Salmon; dan Ventisqueros. Syarikat-syarikat GSI berada di Kanada, Chile, Kepulauan Faroe, Ireland, New Zealand, Norway, Scotland dan Tasmania, serta memberikan sumbangan penting kepada ekonomi negara-negara tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang GSI sila lawati atau hubungi kami di:

Video - http://www.multivu.com/players/English/7543151-gsi-inaugural-sustainability-report/

Source: The Global Salmon Initiative (GSI)
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Animal Welfare Not for profit Survey, Polls & Research