omniture

Plant-for-the-Planet Seru G7 untuk Menyokong Projek Penghutanan Terbesar dalam Sejarah Manusia

Plant-for-the-Planet
2015-06-05 15:49 247

TUTZING, Jerman, Jun 2015 /PRNewswire/ --

- Mesej belia mencapai G7 dalam penerbangan ke Elmau: "Tanam pokok untuk kelangsungan hidup kami"

Inisiatif kanak-kanak dan belia Plant-for-the-Planet telah menyeru G7 untuk menyokong projek penghutanan terbesar dalam sejarah manusia. "Sepanjang lapan tahun lalu, kami kanak-kanak telah dapat menanam 14 bilion pokok dengan bantuan banyak orang dewasa," terang Yugratna Srivastava (19), dari India, ahli Lembaga Global Plant-for-the-Planet, "Kini, tiba masanya untuk Ketua-ketua Kerajaan memainkan peranan mereka dalam memastikan kelangsungan hidup kami kanak-kanak dan belia. Penanaman 1,000 bilion pokok adalah sasaran yang realistik, seperti yang disahkan oleh Universiti Yale."

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748119-a )     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150604/748119-b )

Sebanyak 1,000 bilion pokok baharu itu akan memerangkap satu perempat daripada gas CO2 yang dihasilkan oleh manusia.

"Kelangsungan hidup 3 bilion kanak-kanak dan anak-anak muda sepatutnya lebih bernilai daripada kelangsungan beberapa buah bank," nyata Felix Finkbeiner (17), yang mengasaskan Plant-for-the-Planet, merujuk kepada jumlah yang diberikan oleh semua kerajaan selepas krisis kewangan pada tahun 2008. "Jika setiap syarikat korporat dan setiap jutawan dalam senarai Forbes berjanji untuk menanam satu bilion pokok, kami dapat mencapai sasaran kami untuk menanam 1,000 bilion pokok menjelang tahun 2020."

Sidang Kemuncak Belia, dengan 88 orang peserta dari 23 buah negara, berakhir dengan Manifesto Belia yang terperinci, yang telah pun diedarkan kepada semua Ketua Kerajaan.

Sidang kemuncak itu merupakan kerjasama antara Plant-for-the-Planet, Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu UNEP dan Evangelische Akademie Tutzing. Para pemimpin dunia diundang untuk hadir ke sidang kemuncak akan datang iaitu pada 11-16 Mei 2016, untuk berusaha bersama-sama ke arah pelaksanaan revolusi tenaga global yang terperinci.

Pautan kepada video, dirakam dari perspektif helikopter G7: https://youtu.be/51cpeGO-4UE

Pautan kepada lebih banyak gambar dan rakaman filem: t1p.de/g45o  
Twitter: #gys15, #PftP_int
Instagram: #gys15

-Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images

(http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/pm/117231/ -

Wakil akhbar:
E-mel: carolin.buettner@plant-for-the-planet.org
Tel: +49-(0)171-7488108

Source: Plant-for-the-Planet
Keywords: Environmental Products & Services Advocacy Group Opinion Environmental Issues