omniture

Cat(R) Phones Lancarkan Telefon Ciri Lasak Cat B30 - Direka untuk Dunia Sebenar

Cat phones
2015-06-05 16:15 299

READING, England, 5 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Telefon yang tahan lasak dan andal direka untuk kegunaan luar serta persekitaran pengujian oleh pengguna yang inginkan prestasi suara dan teks andal

Cat® phones mengumumkan ketersediaan Cat B30, sebuah telefon ciri lasak yang direka khusus untuk digunakan dalam persekitaran paling mencabar. B30 merupakan telefon mudah alih yang sempurna untuk pekerja luar selain sesiapa sahaja yang memerlukan prestasi suara dan teks yang andal daripada telefon mudah alih mereka.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150605/747981 )

Dengan pensijilan IP67 (Perlindungan Kemasukan), B30 adalah telefon kalis air sehingga kedalaman 1m, kalis debu dan tahan hentakan. Ia juga dapat menahan jatuhan setinggi 1.8m ke atas konkrit.

Dengan 650 juta telefon ciri ini yang dihantar pada tahun 2014 - menurut firma penganalisis CCS Insight - pasaran global untuk telefon ciri ini masih jelas, terutamanya dalam sektor lasak. Apabila semakin ramai pengguna mudah alih individu dan syarikat-syarikat mengalami masalah serta menanggung kos pembaikan dan juga penggantian disebabkan menggunakan telefon dalam persekitaran menguji, ia menjadi segmen pasaran yang akan kekal menguntungkan.

"B30 dibina untuk pengguna yang memerlukan telefon mudah alih yang boleh mereka harapkan," kata Oliver Schulte, Ketua Pegawai Eksekutif Bullitt Mobile. "Daripada pembina kepada peladang, pegawai perhutanan kepada juruelektrik, jika telefon anda perlu memberikan prestasi suara dan data yang andal bersama ketahanan yang mendahului kelasnya, B30 merupakan telefon yang ideal."

Spesifikasi B30  

*Jatuhan daripada 1.8m
*Kalis air sehingga 1m
* Disahkan IP67
* Skrin 2.0" QCIF
* Lampu suluh
* Radio FM & pemain MP3
* Kamera 2MP
* 3G
* Dwi-SIM

Dijual pada harga 129 Euro Harga Runcit Disyorkan Pengeluar (MSRP), B30 merupakan pengganti kepada telefon ciri lasak Cat B25 yang laris dijual. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.catphones.com/phones/b30/

Wakil media:
Lisa Meakin
lisa@bullitt-group.com
+44(0)7968-363714

Source: Cat phones
Keywords: Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services